BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 28 July 2009

Betapa...Certainly This Is Not Goodbye


Blog macam berhabuk sikit (eceh, baru tak update 3 hari :P )...
Been really busy these days..Setel kan itu ini..Awal pagi telefon broadband provider, esok secara official internet saya akan ditamatkan perkhidmatan. Mesti rasa macam dalam gua Niah nanti tanpa internet. (Antara alasan untuk beli iPhone :p )..

Petang tadi bergegas ke bank untuk withdraw duit lebih dari £300 (my daily limit), tapi failed as I dont have my cheque book with me (pandainya, simpan cheque book dalam kotak shipping). So I asked a friend's help to withdraw my money from her bank. Complicated sikit, whatever janji dapat withdraw duit.

Sigh, penatnya packing barang. Now luggage dah 21kg, tu pun ada lagi barang belum dimasukkan. Risau lah nnt terlalu berat, sebab saya pernah ada memori hitam kat airport in which terpaksa unload some stuffs sebab luggage exceed 20kg, skema gila. And this time balik Msia terpaksa singgah di Heathrow Airport, lagi lah tak sokaa..Huarghh..doakan semuanya OK nanti.

Hari ini dan beberapa hari sebelum ini..Betapa saya:

  1. Mengalami emosi yang kurang stabil, kadang2 macam tak ada mood, kadang2 macam tak ada perasaan, kadang mengada terlebih. Ish ish..
  2. Sibuk uruskan itu ini.
  3. Saya tak sempat nak baca blog orang lain sgt..Hukhuk
  4. Mengalami percampuran perasaan yang kadang2 tak dapat define apa itu. Sedih nak tinggalkan semua ni, tapi excited nak jumpa yg tersayang di Msia sana.
  5. Banyak beli belah, semalam saja beli 3 lagi kasut, nasib baik bukan kasut berat2.
  6. Pissed off dengan some people yang over, tak faham situation org. Bila orang busy ni la nak tiba2 push sana sini. Eh sabar ok?
  7. Offended dengan stupid jokes yang saya rasa saya dah warned jangan cakap begitu, tak suka lah. Tapi oleh kerana saya masih respect, saya cuba lagi tahan tapi sampai satu tahap nanti mungkin akan meletup.
  8. Banyak tengok movies. Busy pun busy, tapi mesti tak lupa leisure utk diri sendiri. Ye dak?
  9. Saya tak sabar nak jumpa kamu, tapi nervous sikit. Hope everything will be ok:).
  10. Saya kesian pada niece saya si Amirah Alisya sebab asyik demam, tadi demam sebab kena injection.
Oklah, enough with "Betapa".

Saya bertolak ke Msia Khamis ini dari Manchester Airport. Doakan urusan saya dipermudahkan ok? In case saya tak sempat nak update blog later on, I would like to thank all of you guys.

Loyal friends, beloved readers yang selalu baca blog ni yang selalu support saya whenever Im at my lowest state. Bila saya happy pun kamu2 happy. Hehe comel.
You're the best lah, insyA saya akan rajin lagi updating this "Punching bag". hehe.
Nanti sampai Msia I will let you guys know how to contact me. Please keep in touch because I cant afford to lose anyone of you, my precious.

To bestfriend (you know who you are): Thanks and sorry for every single thing we had. You know I dont have to say a lot in here because we know what we had are so special. Others wont understand. Sigh, tiba2 ada dengar background music yg sentimental tah datang dari mana (haha). Dont be sad, dont miss me when Im gone. Hehe. Mesti gelak sikit untuk cover sadness. Jangan lupa beli biskut banyak sikit dan belajar masak maggie goreng untuk avoid kebuluran (ahaha offended tak?). Try not to study last minute (cewah2, macam la aku tak dulu haha), kurangkan ponteng kelas:P. Cuba untuk jadi student yang mantap dunia akhirat. *cough* cough*. Dah la, poyo jek macam la nak pergi terus. Hehe. Take care!

To my dearest: Cant wait to see you. Sorry sebab terpaksa lebih memahami kite yang mood swing lately. Hehe the more you understand me, the more you love me :). Thanks for always being there, for making my day, for the laughs, for trying your best to make this right, for the special feelings Im showered with and not to forget the sweet remembrance you always had for me, walaupun di kala hari2 sibuk. Saya tahu saya tetap diingati. :p. Nanti apa2 pun kite letak di Lala Land ok love:). Dont worry, "Panglima Perang" tu kidding saje aritu. Haha..Erm..tak boleh cakap lebih2 sangat kat sini, kena cover sikit. Hihi. Miss you, dearest. *love*

Lepas ni, new phase of life is about to begin. My own career, my own car, my own family, my own properties, my own life. Hehe. Cant wait:)

Uih..panjang pula macam grammy speech. Agaga perasan. Ok, gtg.

Saturday 25 July 2009

Janji Melayu-Im Fragile, Handle With Care

Susah juga deal dengan orang yang suka kutuk Melayu, yang fikir kalau kawan dengan Melayu itu tak cool. Tapi sendiri suka buat janji melayu. Shame on you.
Serik sudah.


Gambar yg tentunya ada kaitan.

Hari yang sangat produktif dalam mengemas barang, badan sakit sudah.
Amaran untuk hari ini dan hari2 berikutnya, "Im Fragile. Handle with Care".

Thursday 23 July 2009

Why Do I Love You

A confession to make. I hope somebody will understand why I lovveeeeee shopping. Irresistible, satisfying, forever leisure, indescribable feeling especially when you found something you longed before.
I've seen this dress before, but couldnt recall when was it. So tadi bila nampak aja, terus grab. I dont want to wait anymore :P

Simple. The ruffles I like :)

And yes, just now a girl friend told me she understands how it feels not to buy things you really want and need. Kadang2 boleh teringat2 and terbawa ke mimpi. Haha..melampau but true. I got her.
This one person who really understands me-my Mom. She got me when I said I love retail therapy. Hehe thanks Omma.
Once mommy said she heard the news - some people here in UK complaining about the "selalu-sangat-sale" di UK ni. Why selalu sale? From what mommy read: Sebab stock baru cepat produced, maka harga barang semasa akan cepat reduced. (ahha...it rhymes!:P).
So apa yang mereka complain about? Mereka rasa "penat" sebab stock baru kadang2 terlalu cepat keluar. Hehe macam2..

Actually, tadi langsung tak plan nak beli apa2. Cuma nak teman Kimi beli barang saja. Betul la, I tried to avoid shopping mall tapi..tadi..tadi..failed. Harap memahami :D

Tadi abah dan omma baca blog ni. *tutup muka*
My dear..Im sorry if I upset you just now. Didnt mean it. Will make it better, see you tomorrow..*love*

This is my idea of heaven..lying here with you..nothing else I'd rather do..to feel ur heart beating..:)

Ayu & Melayu: Officially Graduated!! Yeahhuu! :D

Ok peeps, not much I can say about yesterday's event. The graduation ceremony went well, I love the way the event was conducted. Simple ceremony, concise speech yet meaningful contents. The ceremony was said to be "the noisiest" formal ceremony ever.
Although I was accompanied only by my little brother, I still feel happy and proud of myself. Ehehe..Well friends are still around right? I bumped into sooo many people yesterday. Not to forget all the warm wishes, thanks people! (Bestfriend, I really like your text yesterday:) *hugss*)

Huhu..Now I'm holding a degree of "Master of Engineering in Electronic Engineering (Communications)".

William, the former coursemate. I think I know his cousin tu, but lupa how and where Ive seen her. After a few attempts yang tak jadi :P. Macam biasa, upacara baling baling mesti ada. Mungkin kurang meriah sebab ada saya dan Dianah saja, tapi tetap best! Haha.
Hehe.

Favourite pic of the day-Credit to Kimi the lil bro.
As mentioned previously, The Graduation Theme declared by myself was: Ayu dan Melayu. Hehe. A Red Kebaya on my graduation day, apa barang pakai dress bagai kan?
Happy faces, tak perlu tulis pun kau orang dapat lihat kan? :)
The Perak Lab. Proud to be a Perakian OK! thumbs up yeah!
Elly, Me and Kimi the Lil Bro. Thanks guys!

Ok, knackered habes semalam. Returned home after the ceremony (lepas photoshoot session). After resting for a while, returned my robe and at night headed off to K-pasa to have dinner. Sampai rumah saja, dozed off.

Sebenarnya sebelum ni bila tengok orang grad saya tak rasa apa2 sangat pun, bila Im in their shoes baru tahu rasa sebenar bila dah officially graduated ni. Feeling dia best gila ok, takkan pernah dapat masa kau jadi Undergraduate :P. Ya lah, rasa puas hati, gembira takyah cakap lah, lega, tak perlu stay up malam atau stress about exam, tak perlu nak nangis bila rasa tak boleh jawap exam. (Masa 2nd and 3rd year saja suka sedih bila tak dapat jawap exam, tapi bila 4th year saja dah tak larat nak layan, banyak belajar tawakal saja.)

Tapi kan..tapi..orang2 yg dah kerja cakap sebenarnya zaman belajar paling best. Saya rasa ada betulnya, despite of exams yang sakitkan kepala, jadi undergraduate memang fun. Walaupun dalam engineering class hanya ada 6 atau 7 perempuan, tapi kami happy aja. At least ada rakan bergossip macam Vivian tuh. Ada lab partner macam Evan pun untung sebenarnya. He taught me a lot of things, tapi yang lebih2 tu usah dilayan sangat :P.

ok lah, mari fokus untuk next stage. New chapter of life is about to begin! :D

for more pics, click on this: How I Photographed My Feelings

**Sebenarnya masa try robe kat rumah kelmarin, ada fikir macam ni : "oh dah nak grad rupanya aku"..Nanti kalau cuba baju pengantin pula, fikir apa pula hek. Hihi. **

Tuesday 21 July 2009

Perempuan Memang Suka Kecantikan or Orang Cantik

Hari yang kurang mood, tak perlu tanya kenapa. Everything seemed gloomy, colourless, pale, tak girang macam biasa.
I went out and got myself two scarves. Happy sikit. Hehe.
Eh, perempuan memang suka benda2 cantik kan? Just admit it..Hehe..
Suddenly when boredom striked me this evening, I came across pretty women I used to..er..like when I was small. Hehe.

I first noticed her in her first single clip video-"Candy". Masa tu perempuan ni kurus sangat tapi macam cute (even lagu dia gedik juga haha..See the way she pouts, mengada tapi tak annoying) Then lagi suka when she acted in "A Walk to Remember". She's just a Sweet sweet American woman, rare ok.

I couldnt recall in what movie I first noticed her. Erm maybe in "Jeans" movie, a tamil movie. Tamil movie kadang2 best ok. Gila mesti ada orang gelak tahu aku tengok movie tamil. Haha belum cuba belum tau ok.

This exotic face never fails to catch my eyes.To me, this Jordan queen has a very beautiful and graceful face. Ahaa...who says Asian women arent pretty? I dont really know her, but just love looking at her face. Han Ga In.Eversince I listened to "Endless Love" (Nana OST), terus rasa singer ni amazing. She was born in Hawaii and came from a Japanese dad and a Korean-American mommy.


Kim Tae Hee, I think she's pretty in her own way.

Ini pula, Amoi kecik yang akan fetch me up di KLIA next week. (OMG, next week aku dah nak pulang ke Msia! Hehe). Amoi ini juga is in the list ok :P

See..tak ada pun gambar Megan Fox kan? Kalau kau orang kata dia hot or whatever, I would rather go for pretty, cute or sweet faces. So Megan Fox is not in my list, tapi dia macam slumber and ada sense of humor at times. Hehe. Cheers!

**Actually masih teringat2 handbag yang baru nampak masa keluar tadi, nak beli ke tak ha? Macam tada kaitan dengan tajuk di atas. Hikhik**

Monday 20 July 2009

9 Days to Go, Dont Say Goodbye Because We Hate It


“You can shed tears that she is gone,
or you can smile because she has lived.
You can close your eyes and pray that she'll come back,
or you can open your eyes and see all she's left.
Your heart can be empty because you can't see her,
or you can be full of the love you shared.
You can turn your back on tomorrow and live yesterday,
or you can be happy for tomorrow because of yesterday.
You can remember her only that she is gone,
or you can cherish her memory and let it live on.
You can cry and close your mind,
be empty and turn your back.
Or you can do what she'd want:
smile, open your eyes, love and go on.”



What is wrong with me today?
Little things have significantly bothered me.
I think too much, I think about the past,
I think about you.
Great times we had made me smile.

010109
To find the roots, you certainly need Mr Casio. I know how difficult it was not to have it with you. Hehe.

Goodnite

Sunday 19 July 2009

Anjing yang Gugat Ke'cool'an Diri

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Beli tiket train online tapi tak dapat, technical problem.

1. 2 jam yang lalu?
Lunch, lepaking.

2. Anda suka - Berjalan2, Tidur, Makan

3. Minggu lepas – Pergi London jalan2 sampai duit pun flat, bank dah menangis

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

  • Im Yours- Jason Mraz
  • Because Im a Fool-SS501
  • Plain White Ts- 1 2 3 4
  • Nak tambah lagi boleh tak? Tim McGraw-Its Your Love

5. Tiga binatang yang anda tak suka

  • Nyamuk – sebab menggatalkan
  • Cicak – sebab mengotorkan
  • Lalat - Annoying

6. Lima fakta tentang anda

  • Height 160 cm, Weight 47kg
  • Spoilt brat will easily turn me off
  • Suka ketawa
  • Easily attracted to someone who has something to be looked up to
  • I love men with power.
  • Currently is trying real hard to avoid herself from splurging. Gilak, duit dah banyak habes T_T
7. Tahun depan mungkin – Sedang tidak sabar tunggu seseorang pulang untuk misi pertama..

8. Saya tak reti – Pujuk orang, macam malas jugak unless memujuk itu berbaloi.

9. Saya pandai - Masak

10. Kawan saya – Scattered around the globe

11. Saya ada – Seseorang yg saya tak sabar untuk bercakap or texting dengannya, everyday!

12. Saya seorang – Bekas pelajar University of Sheffield, jurusan MEng Electronic & Electrical Engineering class of 2009.

13. Adik saya – Semua comel2 belaka, muka berbeda2.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

  • Blog sendiri (ahaha..mestilah)
  • Orang kelakar dan suka usik saya, buat saya senyum..macam Sayang itu:)
  • Mengambil gambar
  • Jalan-jalan

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Puppy love kira ka? Form 1 kot. Haha. apa lah

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda – Saya orang Perak. Tah apa2.

17. Saya rindu – Family di Perak, Kakak di Kl bersama anaknya yang cuddly bubbly tak larat nak rindu dah, Sayang saya lah..yang saya suka bercakap dengannya..itu..:)

18. Saya tak sabar – Pulang ke Msia, jumpa semua orang kesayangannnnn!!!~

19. 5 laman yang anda selalu layari

Email (ini awal2 pagi sudah check),

Blog sendiri,

Facebook (tapi sudah jarang),

Youtube (a gift oh!)

Fotopages/Flickr

Internet banking (haha)


20. Siapa yang anda mahu tag?
No one, macam biasa. sapa mahu buat sila.


*********************************************************************

Hari ini memang agak bosan, nasib baik ada aktiviti kecil- Pergi tengok persembahan satu band ni dan melawat muzium di Weston Park.

Pura2 jual buah di muzium.
Memakai costume Victorian servant. Gambar sengaja di'blur' kan.
Persembahan band, anjing2 tak bertali macam biasa menggugat ke'cool' an diri. Ceh..
Victorian servant yang vain.

Saturday 18 July 2009

Syaitan Merah Patut Lebih Menyengat

Ok, let's talk about the Manchester Utd vs Malaysia which was held yesterday.
3 goals by the Red Devils, I expected more actually.
Well at least I can be proud of Amri Yahya. Now everyone can google Amri Yahya and see what Mr Google will show you.

Congrats Amri!I miss you, nothing I can do to heal it. Will see you in a fortnight time, cant wait but Im nervous..Hehe..
The sweetness, care, love and tenderness...I couldn't ask for more..:)
The good deeds you taught me,
The warmth you showered me with,
The laughs that make my day,
The sweet remembrance you have for me,
The special feelings I'm overwhelmed with,

I just can't stop smiling..:)

You complete me..:)

Love from thousand miles away..

Friday 17 July 2009

Lupakan Malam Itu

Woman: "Eh how to know whether someone is sincere dgn kita? Sorryla..first time I ask u soalan lame macam ni"
Man: "tengok muka"
Woman: "Muka?"
Man: "yup"
Woman: "So muka you camne ek? Sincere tak?"
Man: "u rase"
Woman: thinking..Pause. "But I think that S*** night you werent sincere."
Man: "How do u know? U tak tgk muka pun"
Woman: "sebab u takmau meet up"
Man: "bukan takmau, tapi dikawal ketat. Can we forget about that night?"

Woman: *tired*

Because it is already twice so I start to have a great doubt and to wonder..How to define sincerity?
One of the most difficult things to define..is Sincerity.
Plus, there were always lies for her. I witnessed them so possibly there are lies for me too, intit?

*sincerity is like a black ant on a very black and dark rock, really hard to be seen, defined and distinguished*
-correct me if im wrong

"Lampard, From Now On We Are Through". Full Stop.

Tengah malam semalam baru sampai Sheffield, pulang dari London.
Jumaat yg rahmat sebab hujan. I had an injection pada gusi this morning, was bleeding pretty badly. Psiko juga dengan bunyi machine gigi tu :(((((

I was not allowed to consume any foods for about half an hour.
More than one injections, aint funny at all. :(

Sementara tengah berehat mari lihat gambar saya bersama 'boyfriend' di Stamford Bridge aritu. Oh, havent you heard yang Elen Rives sangat marah sebab ditinggalkan Lampard? Well Lampard, I dont like bad guys. So we are through. *berangan mode ended*


The Royal Boyfriend *paling berangan lah*
Kadang2 Rooney ni comel la jugak..Contohnya macam sekarang ni.

Monday 13 July 2009

Bintulu, Here I Come!-The Official News

Salam people, how are you? Im doing pretty well, body temperature has declined gradually. (macam tulis report pula). Sekarang kira sudah sembuh juga lah, tadi pagi ter "miss" makan ubat. Ops :P

Ok, as promised Im going to announce you the happy news I officially received 2 days ago. Remember my entry yang mentioned pasal the unofficial good news?


Ok, sekarang dah jadi official. Sila senyum kalau mahu.
Begini ceritanya:

Di satu pagi yang hening tapi masih ada ke'mamaian' pada diri, saya terus check email.
Bila check saja inbox, tertera subjek ini: "Offer letter from Petronas".
Gulp. Saya gosok2 mata, tengok lagi. Ok, dah tak mamai dan terus lihat subjek itu.
Ok, I got an offer letter from Petronas, so my position is secured. (finally). Alhamdulillah so much for that.

As stated in the offer letter, I will start working on the 1st September 2009.
Where will I be posted to? Haha..this part can either be sad or funny.
Ok, I will be working at Bintulu Sarawak. Ha, tak dapat baca lagi? B.i.n.t.u.l.u lah. Hehe.
To be honest, I was shocked to read the offer letter. Iyalah, saya paling tak expect untuk dapat posting ke sana. Ada la juga rakan mengusik, dia kata saya mungkin kena hantar ke Miri. Bersumpitlah saya di sana nanti. haha. Jahat nya, tapi usikan dia kurang mengena. Last2 dapat Bintulu. Tetap Sarawak.

Saya ambil masa juga untuk register news ni dalam otak saya. Saya fikir macam2.

Mari mula dengan negatif:

  • Saya tak pernah pergi Borneo, budaya agak lain kan? Cara cakap lagi, makanan lagi. Saya usik omma; kalau balik rumah bila cuti jgn terkejut bila saya dah cakap pun pelik:p Ala, tapi fikir2 balik lebih kurang sama ja kan? Yang saya study kat UK ni sampai 4 tahun ni tak pulak fikir macam ni. Aiyakk..So kenegatifan ini sudah terungkai.
  • Tarikh bekerja agak awal, satu September. Sebelum raya. Tapi tak apalah, tadi saya call mereka cakap cuti raya ada 4 hari untuk staff baru. Takpa, janji dapat pulang beraya.
  • Tadi masa call Petronas saya juga diberitahu bahawa untuk batch saya kali ni, out of 7 newbies saya ialah satu2 nya perempuan. Aih..nama pun kerja di Engineering Department, Plant Division. Mestilah expect ramai lelaki kan? Lagipun, masa final year group project aritu pun saya seorang sahaja perempuan bersama 3 lagi lelaki British. ok, settled.
  • Tadi Lea the junior cakap Bintulu tak ada life pun. Oklah tuh, gaji saya nanti memang boleh simpan ja kot. Haha..
Ok, lets go for the positives:
  • Saya bersyukur walau apa pun, before grad lagi sudah ada offer kerja. Omma dan abah lah manusia paling positif bila dengar news ni. Omma cakap itu rezki, terima lah walau kat mana pun. Abah pula cakap, muda2 dan single ni biar lah dapat kerja jauh pun, bila dah lama kerja boleh demand mintak kerja dekat pula. So true..Adik beradik saya pula yang gelak tak tertahan bila dgr news ni. Sobsob..Tak kurang juga uncle saya, gelak gila2 punya padahal dia pun kena posting ke Kuching. Ahahaha..amek :P
  • Even saya tak kenal sapa2 pun kat Bintulu tu (I know I will be a total newbie + stranger there), tapi saya tau nanti ada lah tuh kawan2 baru. Hari tu ada senior dah offer nak carikan contacts untuk saya. Dia kerja kat Miri. Han pun ada offer macam tu. Thanks peeps:)
  • Ada la ni hikmah nya ni saya kena kerja jauh awal2 ni kan?
  • Bila kerja di Sabah/Swak/Wilayah Persekutuan Labuan, ada elaun tambahan. Ngeh ngeh. :P
Ok, dah habis cerita. Tadi petronas HR tu ada tanya saya "so have you googled Bintulu?" haha..


Kenapa dulu news ni tak official? Sebab dulu Petronas HR tu beritahu saya "Actually we already had a suitable position for you and currently we are processing the offer letter". Then a month after baru offer letter tu siap.
Masa tu saya sedang stress dan nervous study final paper saya. Sobsob..tapi bila dengar news tu terus semangat nak study lagi rajin dan all out untuk final paper..Alhamdulillah again.

Rakan2, saya mengalu2 kan kedatangan kamu orang yg nak visit saya nanti di Bintulu nanti. welcome welcome :)

*Suka untuk saya menjawab komentar dari Puan Zaffi dan Saudara Apan dalam entri "Interview Tips" di bawah. First and foremost, terima kasih atas komentar yang membina. *
Saudara Apan, memang saya tak nafikan communication skills itu penting, namun saya percaya academic qualifications juga perlu dititikberatkan. Selalunya employer akan lihat exam results semasa bagi melayakkan kita untuk ditemuduga. Mungkin maksud saudara Apan "kelayakan akademik itu bukan prioriti" bila kita sudah lulus temuduga itu, selalunya employer tak berapa titikberatkan exam result semester akhir. Macam kes saya, Petronas hanya minta semua exam results saya, kecuali semester akhir final year saya. It is undeniable juga jika kita punya sijil2 kemahiran, kita boleh demand gaji lebih kan? Well..skills are money right? :) Good points Apan. Tapi kan, how about orang yang apply kerja after graduation? Bukankah academic qualification sungguh crucial di situ? The point here is: Academic qualification is the ticket for a candidate to be selected for an interview.

Mrs Zaffi, thanks for the observation towards overseas graduates. Memang tak dapat nafikan kebanyakan pelajar overseas ni interview saja, akan dapat kerja. Saya pun kurang arif sebenarnya bagaimana keadaan pelajar di sana when it comes to this matter. Tapi dari pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, nak kata semua overseas students ni tip top dalam segala hal yang bila interview ja terus dapat kerja, pun tidak juga. Contoh terdekat saya sendiri, I failed in an interview with another oil & gas company (kunun2 macam orang lain tak tahu :P ). Tak apalah, mereka tak mahu saya hehe. Malah, pelajar dari universiti di Malaysia ada yg lebih bagus dari kami di sini. Mrs Zaffi is one of them, Im sure of that. Hehe.

Apa apa pun, rezeki masing2 kan. Jatuh itu tak salah pun tapi mesti tahu bangun kembali. =)

Goodnite y'all ;)

Sunday 12 July 2009

An Announcement to Make Part 1

Salam and hi people. Im not in a good condition, lepas gigi berkurang sakit timbul pula badan lemah semacam. Panas sedikit, badan sakit2, mata pedih dan panas. Tekak sakit, omma cakap nak selsema kot. Saya runsing betul, adik saya macam kelaparan sudah..(hehe biarkan ;p ). Saya belum ada opportunity untuk masak. Pergi kedai tadi pun control je takut pengsan tengah jalan. Rasa nak baring jee...:(
Ish ..ish..rasa macam diari sudah blog ini. Tak sioks...tak sioks..
Okla, actually saya ada satu pengumuman penting (penting lah untuk saya dan orang2 yg rapat dengan saya).
Nak bagitau sekarang ke tak ek? Takde ayat best la nak mulakan annoucement ni..Hehe..
Ke nak tunggu saya sihat girang dulu?
Ok, kalau macam tu tunggu lah saya betul2 sihat..Lemah sangat..:( Doakan saya sihat, Selasa nak pergi London sudah..sobsob..

Oklah, take care everyone. Kepada yang ambil berat, thanks sangat. Kalau saya tak reply sms itu maknanya saya sibuk atau tak ada kredit. Will get back to you ok..
Kawan selamanya..Hehe

Hari ini hari penuh rasa bercampur baur. Rasa dari aku, rasa untuk kamu juga. Gembira, terharu, sedih juga, risau, sayang, rindu. Semua ada.

*Kamu, esok dah nak pergi kan..Rindu sudah di sini. Lately kita macam busy jek kan tapi tetap maintain. Oh oh jangan ketawa kan ayat2 saya, hehe. Miss you so the berry much =)*

Saturday 11 July 2009

Pengakuan Ikhlas eps 1

I hereby confess that I hate sale, I hate shopping mall.

Wawawawa.....Im sick sick sick of you :( Cik cik yang baca confession ni, memang I mean it la. huhu..Ok, except for foods. I love foods, always have..always will. (Haha..macam kenal ka ayat ni? =P )

Oklah, esok harap2 free. Nak stay at home saja lah..it's weekend! Harus masak untuk adik (setelah 3 hari dia dtg haha). Selain itu, harus packing barang for shipping too.
oh btw, tiket flight saya pulang ke Msia sudah confirmed by MARA! yeahu! cant wait cant wait.

Last but not least, gigi saya macam kurang sakit sudah..Alhamdulillah..berkat doa rakan2 tuh..ehehe.

*Kamu..kamu..Lala Land needs you..tapi saya happy dan segan macam nak pengsan. haha. Miss you, miss you..always..and it is kuasa lapan puluh..kan? =) *

Friday 10 July 2009

Last Bits of Summer 2009 With Kimi

Manchester airport.
First of all, Kimi is my little brother ok. Hehe. He came all the way from Egypt.
Well Kimi has safely arrived yesterday morning. Although banyak juga soalan Kimi kena tanya di airport, alhamdulillah everything went well. :)

Yesterday we both were really tired, until now pun masih tak sempat masak for him. Knackered tak ingat, maka hari ini baru nak kuar jalan2 around Sheffield.
Erm..banyak juga tak sempat update lately. Last Thursday I went to see a dentist sebab sakit gigi yg amat2 sengsara yg buat saya tidur tak lena, selalu terjaga sebab sakit dan terus call National Health Service (NHS) seawal 4pg untuk buat appointment. :(

Surprisingly, gigi saya telah di x-ray dan dentist beritahu tulang gigi saya seperti abnormal. Erm..risau dan tak berapa faham tapi tetap cuba faham. Minggu depan perlu jumpa dentist lagi, untuk permeriksaan seterusnya.
Gusi bengkak, tu yg buat saya tak lena tidur. Sekarang banyak bergantung pada ubat. Kadang2 saya macam tiada mood sangat nak bercakap sebab sakit. Kamu orang faham kan, kalau sakit gigi ni, kepala pun sakit..Badan pun sakit sebab nak fight dengan pain tu. Maka, saya banyak baring dan rest saja lately. Nak update blog pn tak larat :(
Suara saya sengau sekarang (har har har) mungkin byk mkn ubat. Doakan saya get well dengan cepat tau, thanks! :)

Oklah, nak bersiap2 bawa adik keluar jalan2.

Tuesday 7 July 2009

Interview Tips #1

Salam and good evening people. I have no idea what to write, hence Im giving you some interview tips. I attended a workshop for interview skills conducted by the University Career Service last November.

Generally, there are some Frequently Asked Interview Questions; the straightforward Q and the more demanding Q.

Straightforward Questions:

  1. Tell me about yourself: the most popular yet tricky question. You really need to know what actually wanted by the interviewer. Basically, this is the chance for you to sell or promote yourself but make it simple and concise. For example, you need to mention the keypoints related to that particular position you applied for (course taken, future planing, skills you have). Expected time taken for this Q: 2-3 minutes only. Who says you need to take 5 minutes for this Q?
  2. What motivated you to apply for this position?: Check your aim, objective and try to relate to your skills. It is very important for you to understand the exact job prospect for the applied position. Study..study..
  3. What extracurricular activities have you been involved in over the last 2-3 years and how have you benefited from them?: Kalau kamu ada pegang jawatan apa2 dalam society, this Q would be a piece of cake for you. We learn from experience kan? :)
  4. What relevant experience and skills can you offer as an candidate?: Ok, ini pun kena tahu what skills you have. Significantly, you need to think of skills that others dont have. Be unique, but do not lie, they can read you.
  5. Where would you like to see yourself in 5 years time?: Try to relate the position you applied for and the company profile, try to look ambitious here.
  6. What are your strengths?: Ok, as mentioned previously..think of positive self attributes that you have, mesti ada:) Again, try to be unique or else you are just the same with other candidates.
  7. What are your weaknesses?: Ok, dont get this wrong. This Q doesnt want you to reveal your destructive weaknesses. Weaknesses such as "procrastination", "I cant work under pressure".."Saya kelam kabut orangnya".."Im bad at managing cash flow"..and whatnot..adalah tidak digalakkan untuk dijawap untuk soalan ini. Sebaliknya, sila nyatakan kelemahan anda yang kedengaran agak positive dan selepas itu, susulkan pula cara2 anda untuk atasi kelemahan itu. Then you will make it right:)
  8. Why should we hire you? / Why should we offer you the job as opposed to the other candidates we are interviewing?: Ok, ini favourite Q. Again, be unique and nyatakan skills yang anda ada. Go, I know you can do it. Hehe. Dont forget try to relate your skills with the applied position and the company, ok?
Ok, Im done with the straightforward questions. Ada banyak lagi, boleh cuba tanya Encik Google atau tanya pihak2 yang lebih tahu.

For more demanding questions, tunggu di entri lain:)

Tapi kan, tak semua companies guna 'format' soalan macam ni, contohnya Petronas. Job interview conducted by Petronas will be more casual, less straightforward questions but a greater number of more demanding questions, and ada juga case study di mana otak kamu perlu beroperasi dengan jayanya, too much to think about in so little time. Topic untuk case study itu kadang2 susah juga:) Selain Petronas, Exxonmobil juga guna format interview seperti ini.


Cuma berkongsi pengalaman.:)

Have a good day peeps! :D

Sekian.

Sunday 5 July 2009

Manusia Degil Dengan Takdir.

Current track: Run by Snowpatrol

Tadi baca blog PuteriLijo, entri tentang friendship.
Suka baca entri tu. Ada mesej yang deep yg cuba disampaikan.
Memang saya pun pernah rasa macam tu, sepanjang 24 tahun hidup..Mestilah ramai kenal manusia..
People come and go.
Ada jadi kawan, ada jadi lawan.
Semua jadi sejarah. Ada yang boleh mengajar bagaimana boleh hidup dengan lebih baik dan supaya elakkan apa yang tak patut.
Dalam ramai2 manusia yang kita kenal tu..Ada juga yang terkesan sedikit dalam hati, kehadiran mereka beri sedikit efek dalam diri.

Saya mahu ambil contoh bila kita punya seseorang yang pernah jadi istimewa suatu masa dulu. Ini bukan berkisar tentang friendship, tapi more to a relationship.
Lame I know, but I have my own view to share with you people.

Mereka yang pernah jadi istimewa itu,
Mereka mungkin beri kita rasa gembira, sedih, girang, suka, tawa dan muram.
Betapa seseorang itu boleh beri kesan pada kita hingga begitu sekali.
Kadang2 bila kita dengan seseorang itu, bila kesedihan kita lagi banyak dari rasa gembira..Kita sebenarnya tahu yang kita perlu beredar, ambil langkah untuk pergi.

Tapi kadang2 kita ni biasalah, manusia degil dengan takdir. Walau sudah tahu tidak segembira mana, tetap mahu bertahan. Tak berbaloi pun sebenarnya. Sebab tu ramai orang yang bila in a relationship, masih tak jujur dengan diri. In denial. Contoh mudah, dalam friendster/blog/facebook gambar berdua macam gembira tapi masih menangis di tengah malam sebab hati selalu disakitkan. Kasihan kan orang in denial macam ni? Not to mention, kebanyakkan yang begini selalunya perempuan lah. Depan kawan2 pretend to be happy, semuanya oklah..tapi bila sorang2 Allah je tahu betapa sebenarnya mereka ni bukan truly happy pun dengan relationship mereka. Sigh..perempuan2..cmon, move on! I know you can do better.

Kenapa saya kata kebanyakan yg punya nasib begini rata2 nya perempuan? Sebab saya percaya, gerak hati atau instinct perempuan itu lebih kuat. Mereka seakan dapat rasa lelaki itu sebenarnya sedang cheating on her, ada orang ketiga. Tapi demi nak jaga hati masing2 si perempuan selalunya akan hanya diamkan diri, instinct yang kuat tadi hanya terkubur dek pura2 sendiri. Last2 sendiri juga yang sakit kan?

Ada juga yang sayang nak tinggalkan sebab kononnya dah lama in that relationship, say 5 years minimum. Saya hairan, kuantiti yang diambil kira atau kualiti? Personally, I rather end my 3 years of "i-cried-more-than-i laughed" relationship dari meneruskan yang bertujuan untuk menjaga kuantiti tahun yang saya ada dengan dia.
Kuantiti tahun itu tak penting lah, cuba check kualiti pula, berbaloi kah untuk teruskan? Tepuk dada tanya selera.

Ada juga kes di mana mereka masih bertahan kerana mahu jaga hati orang lain, kononnya kawan2 ramai yang sudah tahu akan relationship mereka, maka haruslah teruskan. Kalau si lelaki itu sudah tak mahu teruskan lagi sekalipun tetapi oleh kerana rakan2 si perempuan itu sudah ramai tahu..Si lelaki tadi khuatir kalau dia yang akhiri relationship itu akan lukakan hati perempuan itu, dan akibatnya ramai yang akan menunding jari ke arahnya dan menyalahkan. Hey, who wants to be the bad guy kan?

Oklah, terpanjang pula entri ni.

Kalau friendship pula, pasti lah ramai juga kawan yang begitu terkesan dalam hidup kamu, kan? Tapi manusia itu berubah, masa..keadaan dan orang sekeliling yang jadi faktor perubahan.
Entah kenapa saya tak begitu percaya konsep "friendship never ends".
Bukan tak suka berkawan, tapi untuk berjanji berkawan sebaik dan serapat ini hingga bila2 tu..Saya tak begitu percaya.
Sebabnya, dah kawan yang saya rapat dengan..tapi akhirnya masing2 bawa haluan sendiri..Telah cuba untuk kembali macam dulu, some efforts made tapi tetap takkan sama macam dulu. Bukan bermakna putus persahabatan terus, tapi taklah serapat dan semesra dulu. Tegur pun mungkin hanya sekali sekala bertanya khabar, itu sahaja. Tak lebih tak kurang. Things will never be the same again. Even jokes pun dah tak sama.

Oleh itu, usah persoal kenapa orang2 yang hanya jadi sejarah dalam hidup kita itu tidak lagi ada dengan kita kini.

"Kita tiada pilihan untuk tentukan siapa yang hadir dalam hidup, tapi kita boleh memilih untuk bersama siapa" - edited from PuteriLijo. Suka quote ni:)

Lagi, suka ini juga (Puteri, pinjam your quote ni ok? hehe) :

“Kalau sesuatu itu telah ditakdirkan Allah milik kita,
walau ia berada di seberang laut dan dalam
keadaan merangkak sekalipun ia akan tetap datang ke pangkuan kita.
Namun sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan milik kita,
walaupun telah kita kunyah dan telan namun ia tetap akan dimuntahkan juga.”



Minta lah doa dari yang kuasa itu, ikut lah flow Nya..bertindak lah bila perlu..Kalau sudah ditakdirkan untuk kamu, tak perlu tunggu lama2 pun..:) Kan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita? :) Kadang2 Allah "ambil" orang2 yang dahulu tu dari kita kerana ada "hadiah" yang menanti, yang bisa buat kamu senyum tiap hari:)

Sekarang, rasa bahagia kan?
Selamat mencuba:)

Tadi sesi roller blading kurang lancar pada mulanya sebab main di tempat yg salah, dah la kantoi dengan jiran sebelah rumah ketika hampir jatuh. Har har har..Tapi bila berpindah ke tempat yang betul, surface yang rata..terus rasa pandai :P Ini lah roller blade saya, kids size la tapi muat jek :p

Saturday 4 July 2009

Rindu, Saya Kembali Dengan Girang! :D


Entri yg dah ditulis sejak semalam...

Salam and good morning people, it's 1.50am 5th July 2009 tapi saya still awake. Agak penat juga, siang tadi keluar ke Meadowhall (the 2nd largest shopping complex in the UK, that's what the seniors told me.) Kalau mereka gebang dan tipu saya, maaf yer salah info. Hehe.
So I went shopping dari pukul 11pagi, singgah makan pasta for lunch di satu kedai Italian ni. Apa2 pun, K-Pasa lagi bes lah, cuba rasa steak nya lagi. Fuh, drooling you..:p

Baiklah, sedikit laporan ketika beli belah. Sungguh banyak sale hingga buat saya tak tahu stores mana mahu masuk dulu. Saya mula dengan Tie Rack. I got myself a scarf, a selendang actually. Black, simple tapi elegant. Suka:)

Yang sebenarnya, saya nak beli roller blade hari ni. Sila jangan ketawa :p. Saja rindu zaman kecik2, saja suka2:p

Sebenarnya, lepas beli roller blade tu mestilah balik terus kan? Oh tapi..perempuan bila shopping takkan buat macam tu-cari barang yg nak beli terus balik.
Selain roller blade, saya juga telah mencuci mata serta rajin untuk keluarkan visa debit card saya hari ini untuk dihulur di kaunter pembayaran :p. Al maklum, saya tak punya credit card tau, debit saja. Hehe.

Antara kedai2 yang buat hati saya girang adalah H&M dan Tie Rack secara umumnya. Selain itu, Body Shop juga ada sale tapi saya tak sempat melayan sangat, ZARA pula kurang menarik (kawan yg cakap, saya tak masuk sebab penat sangat). Laura Ashley ada juga sale, tapi dress cantik pun masih berharga £68 setelah sale, terus cancel. NEXT yg boring itu macam biasa, orang sibuk ada sale dia pula tetap dengan harga mahal dengan design yang sungguh flat itu. Dorothy Perkins pula tetap banyak menjual kasut2 kulit babi yang fofular itu. Ergh, stress.

Kesimpulannya, saya rasa saya sudah beli byk, padahal banyak lagi kedai tak pergi.
Pulang rumah jam 7 malam. Knackered but satisfied bila mencuba baju2 baru.

Ok, enough cakap pasal pembelian harian.
Lepas kejadian tembak di depan rumah, saya rasa macam susahkan orang bila orang risaukan saya. Ada sanggup akan tny khabar hantar sms setiap beberapa jam hanya untuk pastikan saya OK. thanks..huhu

~~I have a happy family, you and very super nice friends around..Im happy just to live like this..Couldnt ask for more really...*Love Love* ~~

**Kalau saya mahu jual tudung dari Tie Rack London, ada orang mahu beli kah?**

Friday 3 July 2009

Alone Again

It's 8.26am and Maryam, the only housemate staying with me now is going out.

"Maryam, are you gonna be away for the whole day?"
"No..I'll try not to be late..Try to be home before 10pm. Dont worry I'll be home tonight".
"Ok..ok.."


Home alone again.

I cant believe Im so scared now for no particular reasons. Feels like somebody's watching and aiming. =(
Fikiran kacau, kalau layanan kurang memuaskan maaf ok..=(

**Kenapa lah ada orang sanggup menembak 4 manusia di depan rumah mereka di kala lewat petang begitu? Dan paling teruk, saya adalah jiran di sebelah rumah mereka itu????? Darah masih kelihatan depan rumah...**

Later..

********************************************
Im back..malas nak buat entry baru. Saya tak begitu bersemangat, tak sehappy biasa..tadi 2 polis dtg rumah ambil statement. 6 PAGES statement yg buat saya mual mahu fikir, tapi saya berniat hanya mahu membantu, ckup sekadar mampu. Moga kes ini cepat selesai, mereka sudah ada strong suspects. Good. Ada kebarangkalian untuk saya pergi court untuk beri keterangan, tapi dia kata it's unlikely for it to happen. Moga2 tak perlu pergi. Saya penat nak fikir tu semua..=( Oh ya, polis telah puji saya kerana cekap mengambil gambar taktala saat genting begitu. Mereka mahu semua gambar yg saya ada, perlu untuk siasatan.

Gambar saya hari itu juga telah keluar di muka depan akhbar The Star hari ini-3rd July 2009. Ramai juga rakan2 Sheffield telah maklum pada saya "Eh gambar kau aritu kuar front page lah!".
Hehe. Then, tadi The Star telefon saya minta izin untuk beri gambar saya itu pada satu ejensi akhbar yg berminat untuk ambil gambar itu. Saya menolak, cukuplah sampai di situ gambar saya pergi.

Kepala sakit kembali.

Kepada yg begitu prihatin dan tak putus2 beri semangat, terima kasih banyak. you're the best=)

Later..

Thursday 2 July 2009

Trauma Di Rumah Sendiri

Semalam saya jadi takut, nasib baik Maryam dan kawannya naik tidur di bilik sebelah:(. Oh Oh..teruknya..saya tak pernah takut tidur sorang2 :( sobsob..
Hari ini bila bangun, teringat cerita semalam lantas terus tengok ke luar tingkap. Orang2 CSI dan polis sudah ada di depan rumah..Macam drama yang saya selalu suka tonton di kotak bergambar lah.
Kotak bergambar=TV. sekian.

Saya tak berani keluar rumah..

Maryam dan kawannya keluar, jadi I was all alone at home today. Nak ke mana2 dalam rumah pun saya begitu hati2..takut2 ada makhluk tak terundang dalam rumah. Handphone juga tak lekang dari tangan..mana tahu ada emergency kan..

Bila tenghari datang, perut lapar. Nasib baik ada sayur yang saya simpan. Sobsob..Bila stranded kat rumah macam ni, nk pergi kedai pun tak boleh. Main door tak boleh guna lagi, pintu dapur pulak tak boleh lock dari luar.

Memang ditakdirkan saya makan pancake dan crumpets sahaja hari ini. Nasib baik tadi masa kemas2 bilik terjumpa stock2 makanan seperti Mushroom Cream yang tak sedap sangat dan Nescafe 3 in 1. Entah zaman bila punya, tapi belom expired la, jangan risau hehe.

Nak ajak rakan2 datang lepak dan teman saya pasti mereka takut kan nak dtg sini. Sobsob lagi.

Tapi tak apa lah, walau saya sorang2 kat rumah, at least terasa berteman jugak bila dengar suara orang2 CSI dan polis di bawah tu. I know Im not entirely alone kan?

Okla, nak sambung makan sayur-sayuran dengan nasi. Dah 3 hari saya jadi vegetarian sebab nak cepatkan kelegaan infection pada jari saya.

Tadi seorang rakan ada cakap:
"Memang mantap budak2 Malaysia kat sini sebab tinggal di kawasan gangster. "

Haha ..agree 200% .

Tips interview kerja:

"Why should we hire you?"
"Because I'm a survival. I'm strong and brave enough to live with gangsters."

Hehe. Kidding.

Oh yes, to anyone yang kenal family saya, please jgn beritahu langsung apa yg dah jadi ni. Ibu saya pasti tak dapat tidur malam fikirkan benda ni. Tolong ya...thanks


Have a good day people.

Wednesday 1 July 2009

Tragedi Berdarah Broomhall: 2 Lelaki Ditembak Di Depan Rumah Saya

1 July, 2009-Kejadian ini berlaku kira2 jam 7mlm UK. Sekarang jam 8mlm.

Saya masih panik, masih risau. Sebetulnya, kepala begitu sakit tadi kerana sejak semalam tak tidur. Parahnya..Maka petang tadi saya cuba untuk tidur, baring2..

Tiba-tiba...


Bunyi seperti mercun, berkali-kali kedengaran.

Dalam hati rasa bengang sebab kacau tidur saya, terus menuju ke tingkap bila dengar suara manusia yg ramai..

Rupanya ada orang kena tembak, tadi tu bukan bunyi mercun, tapi das tembakan ok!

Entah kenapa, saya terus capai camera Nikon saya. Ambil gambar tapi dengan tangan yg agak terketar-ketar. This is what I have seen initially.

Lihat perempuan Inggeris berbaju hitam itu, dia sungguh berani dengan menawarkan bantuan kecemasan. Saya masih tak faham, siapa tembak siapa? Penembak nya mana? Apa sebenarnya jadi? Entah2 penembak tu sembunyi masuk ke rumah saya, scary loh..

Kemudian, ambulans pun dtg. Orang makin ramai di depan rumah, saya tetap tak berani untuk menjenguk ke luar sekalipun. Sekadar curi2 lihat dari dalam bilik..

Saya mula loya lihat darah begitu banyak depan rumah, sudah lah kepala berdenyut sakit. Tapi tetap gagahi ambil gambar.


Polis juga tiba, mula sibuk memasang warning sticker dan meminta orang ramai beredar dari tempat kejadian.


Sedang asyik ambil gambar, Amru menelefon. Dia jiran sebelah rumah saya saja, dia mahu pulang ke rumah katanya. Saya kata, jangan pulang dulu, polis masih di luar. Keadaan masih bahaya. Jadinya Amru perlu tunggu di rumah Kenny hingga keadaan reda. Masa tu saya tengok YM, terus bgtau jiran2 yg dekat, Han, Yen..Semua orang pun suruh saya tenang dan jangan keluar rumah..Huhu..

Saya panggil Maryam, the only housemate yg ada dengan saya hari ini. Rupanya dia telah saksikan babak cemas tembakan itu.
Sebenarnya ada 2 lelaki yg ditembak, mereka seperti menembak sesama sendiri. Seorang yg terbaring itu mungkin telah mati, seorang lagi tadi saya tak sempat ambil gambarnya. Badannya berlumuran darah. Pengsan kuasa lapan tau tengok lumuran darah macam tu:(

Tapi bila ambulans dan polis tiba, lelaki yang berlumuran darah itu hilang, lesap tah ke mana. Lari mungkin.

Dan mereka mereka ini golongon kulit hitam yg sering saja lepak depan rumah saya, kdg2 bawa anjing putih annoying yg menyalak sungguh kuat.
Setiap kali mereka lepak depan rumah, pasti ada bau ganja. Saya igt itu bau alkohol, tapi ada kawan telah bgtau itu bau ganja. Gerun gila OK..

Sungguh troublesome mereka-mereka ni.
Dan yg lagi penting, salah seorang mereka itu adalah cucu kepada landlady saya.

Urrrgghhh saya sunggun tertekan. Sudahlah hari ini saja banyak dugaannya:(..
sampai sekarang kepala sakit..Polis masih diluar, saya sudah letih untuk menjenguk ke luar tingkap.

Doakan saya dan rakan2 selamat..:(

Eyh, did I tell u yang dulu..kira2 3 tahun dulu..pernah juga ada seorang telah ditembak di depan rumah saya juga.

Tiba2 rasa macam reporter Ezza dalam siri Ghost 2. Ecehh..sempat berangan dan perasan. :P

Hurmm..perlu kuat dan tabah untuk tinggal di Broomhall ini.

bye..have a nice day people..
*Headache*