BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 May 2009

Period Pain Ain't Cool Y'know : Men Should Know This

Generally and secara lumrahnya, almost every month women will have their menstrual cycle yang turut disertakan dengan bonus bulanan which is more easily termed as the Period Pain or..Best Friend..atau Kawan Baik Bulanan. The day of the Month lah.

Normally we heard this in our daily lives:

"Kau emo apehal, period ke ape?"
"Ish aku tau ar kau tengah period, rileks-rileks sudah"

"Hang ni awat tah..muka monyok ja..kawan baik mai ka?"

haha. funny. ek? it's not lah.

Wahai lelaki,
kalau kenalan rapat kamu, girlfriend kamu atau isteri kamu (para suami diharap mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap isu ini) sedang didatangi "kawan baik bulannya", langkah perlu lebih teliti, tutur kata perlu lebih difikirkan secara mendalam kerana sine wave si perempuan akan tidak menentu. Isu kecil yang sensitif boleh membawa kepada ombak besar. Tsunami pun boleh.

Tak, bukan si perempuan tu mengada-mengada tak tentu pasal.


Secara normalnya si perempuan itu jika dia kata "sakit", memang dia betul-betul maksudkannya.
Jika dia emo tiba-tiba serta buat muncung yang boleh menjadi hanger baju, cubalah faham apa yang kamu telah tersilap cakap.

Cuba lah tanya baik-baik ya.

Kalau dia kata dia tak larat, lemah badan serta tiada mood untuk apa-apa..cubalah ngerti yang si perempuan kesayangan kamu itu memang tidak bergurau.
Layanan extra baik amat dialu-alukan.
Feed her well sebab kadang-kadang si perempuan tidak larat untuk bergerak pun. Yang dia tahu hanya baring..baring menekan perut menahan sakit.

Cuba tuam perut dengan sesuatu yang warm untuk kurangkan sakit.
Ada dijual di kedai, botol yang bersarung untuk diisi air panas. Ada juga teddy bear kecil yang berisi kekacang di dalamnya untk dipanaskan di dalam micro wave lalu dituam ke perut.
Dah lama saya tak guna teddy bear berisi kekacang ni.

Kaki juga akan lenguh super, maka urutan kasih sayang amat dialu-alukan. (^_^)

Suami yang baik, sila lah cuba untuk lebih ringan tangan dan rajin untuk menolong lakukan kerja-kerja rumah. ok? hehe

Oklah, jumpa lagi di waktu dan hari yang same.

(*_*)\/

Friday 29 May 2009

Mahu Diri Saya Seorang Lagi

  • Hari ni first paper. No comment, moga baiklah hendaknyer
  • Hari ni cuaca panas, saya asyik mahu air saja. Bagus juga, boleh mengajar orang macam saya yang tak suka air masak ni.
  • Hari ni kakak manis telah belanja saya nasi kerabu yang saya missed minggu lepas. Thanks kakak manis, sedap yeah! :D
  • Hari ni rasa gemuk, selebet serta comot. Senyum saja terus muka macam belon..
  • Hari ini sungguh penat sampai anak Mrs Anderson pun notice muka letih saya. "You look tired."
    "Who look tired?" aku tanya kembali dengan muka blur "You look tired.." balas Mrs Anderson sambil sengih.
  • Hari ni rasa nak cubit diri sendiri sampai diri ni buka mata luas-luas. Wake up lah! *cubit kuat-kuat*
  • Hari ni rasa kepingin nak minum soya bean kegemaran. Walau penat tetap pergi kedai malam-malam kerana setin air.
  • Hari ini saya terfikir, saya mahu "diri saya seorang lagi". So that dia boleh marah saya bila saya salah, boleh legakan saya bila saya rasa bawah, boleh say things I really want to hear bila saya benar-benar perlukan..sebab..sebab..hanya diri saya yang begitu faham saya. Eh tapi kan, manusia lain pun boleh jadi "diri saya seorang lagi" kan? Boleh:)
Exam memenatkan.
Hurm...sapa yang cipta EXAM ek? Sapa ya..sapa?


Gambar ni sebenarnya tipu...sebab..sebab saya sungguh jarang (atau tak pernah) sekali buat muka begini depan makanan yang banyak nyum nyum begini..
kecuali kalau saya sakit. :p

Wednesday 27 May 2009

Will You Marry Me?



Someone was sweet enough to give me this. Hehe.

But kenapa perempuan tu macam tak berapa excited ek? Muka slumber macam ini proposal ke berapa tah dia pernah dapat.

Kau orang rasa kenapa dia tak nampak excited dan super happy ek? Kalau aku...hehe

Oh ya, siapa dapat jumpa lagu untuk commercial ni-Dont Forget Love by Robert Francis, sila email aku: zaluiera@yahoo.com. Nanti aku belanja makan! :D

Tuesday 26 May 2009

Sayang dan Rindu Tapi Ego

We were sending Kimi to Egypt. Budak pakai baju Orange tu macam annoying kan? Nama dia Aman, the last boy in the family. Suka bela haiwan-haiwan dan main game tapi pandai memujuk supaya kakak nya beli PS3.
The last two girls in the family. Selain Cenad, mereka lah crime partner saya di rumah. Oh gang, tunggu kita balik ya? hehe
Ini pula saya bersama si fanatik "lelaki -lelaki mata sepet (Korean)". Dari dia lah baru saya tahu ada band Shinhwa, DBSK (mula mula saya ingat Dewan Bandaraya apa la..haha..)..oh, panggil dia Cenad. Dia adik saya, juga kawan baik ketika makan. Kami juga mempunyai taste lagu yang lebih kurang sama. Selain main make up make up bersama kakak mereka, these two girls juga suka ambil gambar vain. Eh tiru sape tu?


Exam week. Stress sikit, biasalah kan adat belajar.
Huhu I realized when it comes to exams..Selalunya mesti homesick. Makin homesick. I really need mom because she can make me feel better, she has the wisdoms to pour on my fragile heart..like now.

However, everytime I miss her I would just call her and ask how is she doing and all..without actually telling her "mom, I miss you".
Sometimes I have nothing to say to Mom but I know just by listening to Mom's say will make me feel good, in a great relief..secured too..For some unexplainable reasons..
Aish..what is it so hard to tell Mom? Maybe Im too shy..or maybe Im too ego. Oh more to shy..I dont know..Or maybe if I tell her my true feelings I would burst into tears..huhu..Omg so sensitive one lar..

I love her and I want her to be happy, kalau boleh I do not want to disappoint her with my wrongdoings (except when I was small..I was really really stubborn..huhu).
I want to please her, I want to fulfill her dreams, I want to grant her requests. I'll do anything to please her. Actions speak louder than words, no?

That is why I call her almost everyday (paling lama tak call dalam seminggu)..just to check on her. If lama tak call Mom would text me and ask: "what's with the silence? Are u ok there?"
Huhu Im ok Mom..Oh btw, my mom is very good at texting..Whenever she's bored (Especially when my youngest sister dah berebut Tv channel with her to watch Dora or Wonderpets and she cant watch her favourite Korean channel, KBS World.), she would text all of her children. haha Adik, tolong la kasi Omma chance nak tengok KBS World pulak ;p..Oh rindunya drama drama family kat rumah :(

But yesterday I didnt call. I just texted her and asked normal questions but with more obvious signs to tell her that I actually miss her. Hehe.

So the point here is, I miss my mom and the rest of them (the Abdul's). I can hardly show my true feelings towards Mom, but I always try to please and not to disappoint her. Kalau nak cakap I miss her, I would just text her. Huhu..aperla saya ni..

sorry, my words are so tunggang langgang. cant write properly sebab kepala dah wired up with formulas ;p


Oh Oh Oh..wait..Happy Birthday to my beloved sister, Myra's Momma..Kakak is pregnant now..Huhu cant wait to babysit Myra and jumpa dengan nephew/niece baru this November. yey! hehe.
Love all of you to bits! *hugs and kisses*

*I hope Mom wont read this, sebab malu. bye!*

Monday 25 May 2009

Baby Is Back!

Salam and Hi peeps..my life went pretty dull lately. Revision..revision..sigh..Im so tired lah. But today my morning was enlightened by Cenad and some of Myra's pics. Yey..Cenad sent me some of the cotton candy's latest photos. She's growing up..hehe. Ok, let pictures do the talking ya?




Little amoi loves phones..
In fact, she has TWO phones! (no lah..they're mom's and dad's)Hello..hello..who's on the line? Can I have Pizza puhlease..
When little amoi is mad..dont mess la..hehe
gulp..gulp..little cotton candy was trying to say something..
oh no la..she actually wanted to kiss her little Gg.

"mommy, are we going home? no la mommy..lets go out some more.."
"..and lets bring little Gg too"
Oh oh my shades..i need a new one lorh..
But its ok i still can pose..hihihi..

Ok people, done. see u! :D

Friday 22 May 2009

Bayi Degil dan Gambar Hantu

Hari ni mungkin banyak sangat belajar sampai tertidur dibuatnya. (yala tu banyak sangat). Penat juga barangkali.
Tadi dapat berita Nur Amirah Alisya kesayangan sudah pandai annoy orang (Cenad lah mangsa utama). Jika dia lihat orang lain sedang enak gembira, dia akan kacau sambil buat muka tak bersalah.
Mulut sudah pandai bertutur. Makin jelas kedengaran. Bukti: Cenad telah dengar Myra berkata: "Biar la.." bila dia kena marah dengan abah.
Bayi comot yang degil, tapi tetap disayangi ramai.

Ok, sejak aku letak gambar ni di ym, lebih dari seorang manusia telah kata gambar ni seram. Macam misteri, macam MayangSari la (Mona Fendi dalam tv show Front Page), or sebenarnya macam hantu. (?)

Oklah, mintak diri dulu (ayat tipikal seseorang. hehe).

Usah Ada Benci

aku dengar ada hati yang memberontak di luar sana. apakah masih rancak rasa itu?

kawan (jika kau masih anggap),
usah begitu.
kisah yang tamat usah disalahkan sesiapa.
mungkin sudah tertulis untuk jadi begitu.
ada hikmahnya, kita harus percaya.

kawan,
aku juga tak mahu bangkit semua cerita lama.
mereka memang ada, kenangan tetap kenangan.
ada yang menari-nari..menyanyi lagu betapa manisnya kenangan itu.
ada juga yang tak mahu aku ingat sampai bila-bila kerna mereka ada yang pahit dan sakit.

kawan,
aku mahu kau bahagia walau bukan aku yang nyanyikan lagu riang untuk mu.
aku mahu kau gembira biar bukan dari aku.
aku mahu kau ketawa walau bukan aku yang berjenaka.

aku mahu kau senyum, biar padam segala lara.


usah menunding jari, aku juga penat setelah lelah berlari ke sana ke mari selamatkan hati dari terus rabak.
aku penat kerana terlalu banyak harapan yang tak sudah-sudah hilang dari genggam.
juga tak mahu terus biar kau berkecil hati dengan ketidaksempurnaanku.
juga tak mahu kau terus menahan rasa dengan kecacatanku.
aku banyak cela.


kawan,
usah ada benci.
yang sudah berlalu, biarlah pergi.
kita sudah ada dunia masing-masing, semoga bahagia di dalamnya.

jaga diri.

Thursday 21 May 2009

Sheffield Next Top Engineers

Tadi ada photoshoot final year students. Masing-masing bertanya apa mahu dibuat lepas exam? Lepas graduasi nanti? Kerja kah? Sambung belajar kah? Akan rindu kalian semua..






Tiap tiap hari, ini lah pintu utama masuk untuk ke department. Kelas oh kelas..Pasti rindu..:(
Selepas bergambar, saya, Evan dan Vivian pergi minum-minum sambil berborak. Macam-macam hal timbul. Karier lah, mahu kahwin bila lah, anak berapa lah, apa plan lepas exam, lepas graduasi, pasal kereta pun ada, pasal gaji lah, pasal family lah, pasal New York lah, pasal Malaysia lah, pasal bagaimana kami rasa kanak-kanak sekarang patut dipasang chip pada badan mereka supaya parents tahu mana anak2 mereka (Sungguh Electronic engineering topik ni)sedang enak melepak kemudian muncul Daniel Schofield. chak!

Ah, rindu lah lepas ni kan?

bye.

Wednesday 20 May 2009

Kehilangan yang Dibenarkan

Sudah agak lama.
Sudah sekian.
Sudah lama tak nampak di mata.
Macam tak percaya pementasan sudah sampai ke akhir.
Tapi ada penonton masih tidak jemu bertanya, mengapa sudah lenyap?
Mengapa cepat benar pentas kosong?
Lelah kah?
Penat kah?
Ada juga yang sinis, beri senyum kelat seraya berkata; "Aku sudah lama tahu ini akan berlaku"
Ya, pahit. Tetap aku telan. Walau kelat tetap aku kulum. Kononnnya masih kuat untuk tetap di situ.
Ah, biarlah. Angin kencang telah bawa pergi.
Sampai langsung tidak kelihatan.

Penonton juga mungkin penat, ingin pulang lepaskan lelah.

Oh, aku dengar ada pementasan baru di sudut sana. Baru bermula mungkin.
Aku? Tak apa, tempatku di sini. Cuma mahu pulang saja.

Mari pulang, mahu?

Tuesday 19 May 2009

Bila Mood Perempuan Itu Macam Sine Wave

Sekadar gambar hiasan, Barcelona 08.

Saya telah buat satu test, ini hasilnya.


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
-Down-to-earth ka? Im not sure..at times perhaps..Apa yang saya suka atau tidak saya akan cakap la..Yes, I prefer to be straightforward unless when Im shy. I would go for 'Errr..ermm...erkk...errr...er...' Mind my hesitation when Im shy. hehe.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.
-Beauty with brain will do :)

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.
-Preferably yes but who knows kan...

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
-No comment la but I think I prefer to have a serious relationship now. Hurm..no comment lah because I know it's not that easy to commit.

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.
-Aih..I dont know la..sometimes I can be lazy..But bila sudah rajin, Lampard lalu pun tak nampak ;p

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
-Hurmm..Job..job..may it be the best for me..:)

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.
-I can motivate myself. But I might need you when im at my fragile state.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
-As mentioned previously, I can handle myself but when Im into a BIG trouble I might need you. That's what we call mengada-ngada mode. (haha..;p)

Who is your true self:

You are full of energy and confidence.
-For some circumtances, yes.
You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.
-Hehe..I just have to agree with this especially when it's the day of the month..nges nges..blame the hormone lah ;p But havent u heard..women's mood are like waves? Or should we call it as sine wave? Tak percaya sila tanya John Gray ;)

I cant say that the result is entirely true..tapi ada la juga kebenarannya..:)

Monday 18 May 2009

Beberapa Kerimasan and Break Up Issue by Nanie

Kerimasan akan melanda bila..

  1. Bila sudah mengenakan body butter atau lotion di badan lantas terkena air. Rimasnya sebab melekit lah.
  2. Bila sudah 2 tahun aku tak belajar maths, semalam study dan kene buat banyak soalan integration. Aku rasa sungguh rimas sebab revision was not as smooth as it should be.
  3. Bila orang yang mengada-ngada dan macam susahkan orang lain dan suka drag orang lain ke sesuatu masalah dan lebih cenderung untuk jadi spoiled brat. yikes. The worse thing is; i need to witness the mengadanesssssss. sigh not good huh.
Ok, dah habis.

Just now I read Nanie's latest post-What She Learnt From Breaking Up

Breaking up-what a sobbing phase in life.
I wrote this last year, hey hey cerita lama kan. Im over it now. He he.


"dulu aku di situ...
terasa suka di situ...
aku selesa di sana...
tak pernah terfikir untuk berganjak mahupun pergi...

angin datang..ribut melanda...hujan juga turun..lebat...
namun aku masih jua di situ bertahan ..walau hampir juga terbang..melayang..
walau pernah juga basah beku aku di situ..

aku masih bertahan...kuatkah aku?
aku bertahan kerna aku percaya tempatku di situ..

sampai satu saat..
hujan pun berhenti..
ribut pergi...

aku disuruh pulang..
pulang menjadi siapa aku yg dahulu..
aku kaget..mahu ke mana?
bukankah tmpat aku di sini?
bukankah aku selesa begini?
mengerti kah aku mahu di sini?sampai bila pun tetap mahu...

tapi aku tetap harus pulang..
harus pergi jauh..

aku akur akhirnya..
aku atur langkah..
pergi dan berlari..
jauh-jauh ..
walau aku terjatuh
namun aku tetap perlu berlari..

eh..itu kan tempatku?mahu ke mana kaki?

naah..tempat itu bukan lagi bahagia utk kamu..
ada taman lain menanti mungkin

kini aku berlari lebih jauh..

tidak menoleh lagi"

And yeah I felt sad and down at that time. Sigh..breaking up is not good lah. You will make yourself look uglier. Haha..So be happy saja ok?
To women out there, do not push him to love you, do not force him to stay. Let it comes naturally. If he really wants you, he definitely will stay and make some efforts for you. If not, too bad lah. Do not waste your time to wait for someone who is not that into you. You can tell if a man really wants you, right?

Sorry, gotta go lah. Kerja banyak.
bye!

**cik chika's latest entry yg telah bikin hujan di hati saya. aih...

Friday 15 May 2009

Dan Sebenarnya..

I was browsing through my cousin's friendster. When I looked at her pictures, I know one thing about me.
If I were given a chance, I'd like to be a teacher lah..Ermm..I like teaching people, aku memang suka.

This might sound a bit poyo kan..tapi aku sebenarnya suka kerja yang ada direct contribution kepada masyarakat. Bukan aku kata kalau jadi engineer nanti tak contribute, still memberi sumbangan tapi kalau jadi pengajar ni..Lebih kepada berbakti lah..Kalau boleh aku nak beritahu mereka apa yang mereka patut dan belum tahu.
Dan sebab itu lah aku pernah tergerak hati mahu join 'Projek Kalsom 14' tahun lepas tapi disebabkan aku ada hal masa tu, aku batalkan niat..(Projek Kalsom is a motivational camp held yearly for Form 4 students in Malaysia who have excelled in their studies but come from less fortunate backgrounds. It is run by Malaysian students enrolled in universities in the UK and Ireland).

Dan sebab itu jugalah aku kadang kadang bila pulang ke Msia, jika ada masa lapang aku akan pergi ke sekolah lama aku, melihat lihat bagaimana adikku. Kalau adik aku sendiri ada program di sekolah aku juga suka menjenguk dia bagaimana. Entahlah, mungkin sebab aku ni adalah kakak di rumah, maka perlu lebih concern lah kan.
Tapi sekarang entah ada peluang entah tidak. Aku mahu sekali jumpa guru-guru ku yang dulu. Rindu lah. Ramai juga yang telah bersara kali.

Oklah, kesimpulannya jika rezeki aku adalah untuk mengajar, aku redha dan suka kerjaya itu. Mulia tahu mengajar ni.

Bak kata orang, bakar diri untuk orang lain..ecececeh..hehe

To all teachers out there, Happy Teacher's Day..Jasa kamu tak ternilai, saya tak mungkin dapat balas. Terima kasih:)

Wednesday 13 May 2009

Setelah Lama Ku Tunggu


Akhirnya..Got this today.
Sekian

Sunday 10 May 2009

Lagu Perasaan

Mood: Tiada perasaan
Current Track: Angels or Devils by Dishwalla

Weekend datang lagi, setelah hantar report aku ada belajar main gitar secara sedikit demi sedikit. Ok, aku admit aku hampir give up (atau sebetulnya sudah give up) sebab jari dah mula melecet, pedih menahan tali gitar.
Last-last aku rasa aku akan kembali belajar main keyboard pula. Dah lama tinggal keyboard ku, mungkin dah berhabuk. Ish..

Tak tak, sebenarnya bukan nak cakap pasal gitar atau keyboard buruk ku. Cuma sekarang telinga ku terngiang ngiang lagu berhantu yang aku anggap lagu perasaan. "Angels or Devils by Dishwalla "
Entah, ada satu rasa yang susah sangat nak describe bila dengar lagu ni. Memang sejak dulu rasa macam ni.
Oklah, itu sahaja untuk jam ini. Sekian.

**Aku mahu engkau tahu, Aku ini bukan sempurna, aku ini banyak cacatnya. Aku ini hanya biasa. Mungkin juga aku ini hanya orang kebanyakan bagimu. Terimakah engkau seadanya aku? **

Friday 8 May 2009

"Im Married"-NO.

Mood: Distant
Current Track: Hijau Daun (Ku Berharap)

Ok, lately when I was busy finishing my report ramai la pula yang add sana sini. Ya, I admit most of them are my relatives. Err..cousins lah.
Ok, a confession to make here. Im not that type yang rapat dengan saudara mara. More precisely, cousins la. Hurm dont get me wrong lah. I dont really know why. Maybe sebab how we grew up. Different states, different life style. Different circle of friends. Padahal nenek sama ja. Tah ape ape.

Yeah la. Since I was small, I moved from Perak to Melaka. Stayed there for 8 memorable years. Then followed abah and shifted to Kedah. (Gila ok, from south to north). Lived there for 7 bitter-sweet years. And now sudah kembali ke Perak. Cousins ku pula stay saja di Perak tu. Kami jarang contact jugak, akan bertemu bila raya saja. Tambahan pula, aku dulu bersekolah dan tinggal di asrama. Lagi la..

So back to cousins topic. Lately ramai cousins yang add di FS dan YM. Some sekolah rendah friends pun add di FS. Oh ya, FYI aku sudah lamaaaa tidak update FS tu. FB too. Terasa malas mungkin.

Lepas tu, bila dah add add ni memang ramai tanya update. "ape citer hang." "ko ape kaba, bile nak kawen. (soalan tipikal ka ha)".

Rakan-rakan, bila kau orang tanya macam tu. aku tak tahu nak jawab apa. I would just go: "Im ok lah, belajar lagi. tahun ni habes."

Ok cousins, maybe bila aku dah 24 tahun ni aku boleh fix things among us. We can get closer kan cousins ku sekalian? Lupa kan drama-drama swasta ciptaan orang-orang dewasa, kita hanya perlu jalani hidup sebagai cousins.

Ish..macam dah merepek. Seriously aku tak boleh concentrate sangat menulis bila dengar lagu Hijau Daun ni. Banyak typo, otak tak synchronize dengan kadar taipan di keyboard. Lari..lari..

baiklah, untuk tidak melengahkan masa biar aku cerita update aku. Special for my cousins and SKKLT friends out there. Ho yeah..here we go..

#Apa kaba kau/hang?
-Im ok, thanks. Hang plak?

#Kau amek course ape ek? Kau belajar mane sekarang?
-Im reading Eletrical & Electronic Engineering at the University of Sheffield, UK. Dah nak habis pun. Almost 4 years kat sini. Cukuplah, aku penat dah. Nak balik Malaysia. wuwuwuw..~

#Kau ape citer?
-Ape yang kau nak tau, tanya je nanti aku jawap. hehe

#Bila kau nak kawen? Asal status friendster kau married?
-Bila Mr Right aku propose, kawen lah aku. Exact date tak tahu lah, sebab Mr Right pun mana entah. Masih sembunyi kot. hehe. Oh friendster tu aku saja ja. Ada hal peribadi sikit, jadi untuk elak digossip oleh stalker dan paparazi, aku letak saja married. Senang cerita. Dont worry lah, bila kawen betul betul nanti aku kasik kad.

#Dulu hang sekolah menengah kat mane?
-Sek Men Sains Sultan Mohd Jiwa, SP Kedah. Form 1-5.

#Lepas skolah kau buat apa ha? Terus fly ke UK ke?
-oh tak lah sesegera itu. Aku masuk Matriks Gopeng for a month or two. Then dapat offer from MARA, ambil pula A-level di Kolej Mara Seremban for 2 years. Then baru lah fly ke UK:))

#Kau balik Msia nanti keje ngan sape?
-Entahlah, tengok rezeki lah. Aku harap dapat kerja yang tidak begitu stress tapi poket tebal. Bonus pun boleh tahan. Eh ade ke keje macam ni? In your dreams ya, Miss Zakiah Abdul Mutalib :)

#Kau dah ade boyfriend ke?
-tut..tut..siaran tergendala. esok sambung cerita. Topic lain please. (haha). Oklah, kali ni status friendster aku itu memang benar. Cuba check sekarang.

Ok ok, nanti makin merepek. Setakat ni itu saja updates aku ada yang aku rasa terjawap soalan soalan kalian.
Eh kejap, aku dah ada anak saudara lah. Nur Amirah Alisya yang bubbly cuddly yang bila bagi salam kat dia, she would reply: "A'lem". Nak dengar sendiri? Cuba call mama dia ;)

ok peeps. it's getting late now. Bedtime story..:)

(Kamu, saya mahu sambal terung dan nasik ayam awak yang hebat tu ;p . Tak kira, mahu juga. hehe)

Nite people..xoxo

Thursday 7 May 2009

Merajuk lah,

suatu petang yang hening dan sibuk. perut pedih, gastrik datang menyerang. setelah hampir setahun tak datang.
then i called mommy:

Z: mak tengah wtper?
M: oh tengah tengok citer korea ni..
Z: o yeke..ermm..ermm..takpela..tanak kacau mak la..

*pause for 1 minute. maybe mommy was concentrating on her fav tv channel*

M: oo..ok..takpela gitu..
Z: ok mak, nanti orang call lain. (wawawawa je dlm hati)

kemudian, gastrik makin menjadi. nak merajuk lah. huurfff..

ok, mengada ja lebih. but since lately i was busy, so macam termerajuk. it has been almost 3 or 4 days tak call mommy. (sebab i used to call her selang sehari just to check on mommy)

ok, itu satu hal. another thing is, saya mahu merajuk dengan nanie. sebab..dia kan..salu dapat pegi SPA tapi..murah maa..indon kan memang murah je SPA die..
then boleh pulak die nak pegi picnic dengan SO7. ok, i admit lah takdelah minat banget sama itu SO7 but hey..picnic kot..(hahahah over plak mlm ni)


** today i got a new haircut. layered. washed and blow dry. berapa? jangan tanya la, sebab macam kene cancel niat nak bli baju kegemaran. wuwuwuw..:( **

ok nanie, jealous. bye! wek

Petanda atau Sekadar Tanda?

yeah people, hectic week i should call it. been busy with report writing and presentation. now agak lega sebab sudah submit..thanks Allah..u made it easy for us:)

sekarang musim exams pule..
someone gave this video to me.
saya sangat suka short film ni. enough said. Thanks :)














later..

Saturday 2 May 2009

Boneka dan Drama Tiada Penonton (Dont Look Back In Anger)

bila MARAH, satu benda kita buat pun susah nak menjadi. lagi teruk bila langsung tak jadi.
jangan dilayan sangat marah tu, tarik nafas dalam dalam.
1..2...3...haaaahh...

kalau tak berjaya juga, cuba bangun dan cuba mundar mandir.
tak kurang juga? pergi ambil wuduk. tapi kalau saya, saya suka mandi terus. sebab saya rasa dengan bau wangi shower gel akan dapat legakan perasaan yang tak sedap.

tapi saya tau, bau wangi shower gel takkan dapat bisa halau syaitan kan? tapi sekurang kurang nya dapat beri motivasi kepada diri untuk rasa rileks.

ok, enough cakap pasal marah.
next, an open letter to a friend.
"kamu, sampai bila hidup itu hendak berlandaskan caturan manusia lain? bukankah kita ada kehendak masing masing? bukankan kita ada pendirian masing masing? sampai bila mahu ikut sahaja telunjuk manusia lain yang makin hari makin enak memanipulasi diri mu?

melainkan itu memang kehendak kamu, saya tidak boleh tolong, kaku diam melihat saja kamu jadi boneka."

maaf, saya ini pemerhati bersuara, malah menganggap kamu itu sahabat baik saya. harus saya suarakan dari duduk berdiam sahaja melihat drama kamu di pentas tiada penonton itu.

oh , baru perasan dah lama tak buat entri serius begini.

sekian, kerja banyak. kepala pening, badan lesu tetapi harus teruskan bekerja.

*take care*

Bertemu dan Berpisah

mase zaman sekolah dulu ada nyanyi lagu 'bertemu dan berpisah adat manusia biasa..?' i think that song is..is..cute hehe.

Last Thursday i had this IET Presentation by the final year students. We had our project posters exhibited as well as the presentations of our project.

Some pictures of us:


Group yang menang. Note the only Malay guy in the group. Proud of him ;)
Remember I told you about my favourite lecturer? Guess..guess which one..hehe (oh sungguh berusaha untuk ambil gambar ni tau)
Favourite mates. Definitely going to miss you guys
MC of the day

There were quite many times Evan and Vivian ajak badminton tapi disebabkan oleh kekangan masa, kami sentiasa batalkan niat untuk bersuka riadah itu. Oh did I tell you that Evan was surprised to know that I am not going to do PhD and stay here after my graduation? He thought I was going to stay. Oh tak kot, I just cant wait to go back to Malaysia adala. However, he planned to visit Malaysia this year or next year. Plan saja, mungkin jadi mungkin tidak. Before we graduate Evan, Vivian and me planned to go for a trip. Where? dont know yet, lepas exams la tapi. The event took 4 hours to finish! penat. enough said. :S

Yesterday I got my laptop power adapter and my PS3!!! with a singstar game (Vol. 2) and two microphones. hehe happy ! :D

Friday 1 May 2009

Saya Rasa Macam Stress :S

hari ni saya tunggu lagi parcel dari Royalmail. Pakcik postman, bila lah kamu nk dtg bawak power adapter laptop saya? :(((((

Setiap kali bunyi kereta yang stop depan rumah dan menutup atau buka pintu kereta, saya terasa macam pakcik posmen. ah ah ah ..pathetic pulak :(

oh ya, sekarang saya rasa perlu jumpa family saya. please, i need them!!! :(
saya juga rasa kurang keyakinan. but suddenly i found this somewhere :)

written by my bestie, Puteri Sarah Ayu. :)
"dearest zack..i'm so touched when u really appreciate my words to u..i'm very proud of u today gorgeous!! u r so strong and energetic and the only girl i knew who can turn impossible things to reality.i still remember ur laughter and tears. u always tell me,nothing is impossible..live up ur dreams zack..friends forever..love u and take care..


p/s: suppose last summer this year me and my bro wit couple of friends are going for a trip to some european countries but we cancelled it and postponed to next summer.hope to see u there.."

cmon cmon report writing.
stress nye, pakcik posmen where are you?