BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 27 February 2009

Sengaja dan Mengada-ngada

malam weekend selalunya ada sedikit unsur rehat. (padahal kerja menimbun timbun ja).
satu conversation yang buat hati aku robek sedikit.

"kalau la saya ada duit, Isnin ni jugak saya buat passport and beli tiket pegi sane"

tipikal bunyi nya kan.

tapi aku tahu dia maksudkannya. aku tahu kalau dia mampu memang dia buat, jadi terserah.

itu kalaulah, kalaulah. sebab itu hanya kalaulah buat aku perit. pedih. buat aku sakit.

aku rasa aku perlu 'ubat' itu kembali. bekalan makin habis, aku perlu ia. harap-harap sempat lah sebelum tiba waktu.

ya, tiada orang faham apa aku rasa. aku bukanlah sengaja nak mengada-ngada meminta begitu.
kali ini aku memang perlu, aku sudah tak sanggup jadi kunun-kunun kuat. tak sanggup pura-pura tabah. tak sanggup hipokrit sorok air mata aku.

kepada yang memahami, terima kasih. kepada yang pernah lihat dan tahu, kalian sudah faham kan?

maaf, tadi ada unsur emosi. tak sanggup dah simpan, aku perlu letupkan gunung berapi ini untuk seketika.

  • tapi kamu, aku selalu ingat pesan kamu walau kamu kata aku ini degil juga kadang-kadang.
  • aku perlu kuat kan, kamu selalu pesan ini.
  • aku perlu kurangkan rasa tak puas hati itu dan perlu bersyukur atas apa yang ada. kadang-kadang apa yang kita ada itu adalah impian orang lain dan mereka tak memilikinya. tapi jangan pula kita nak cemburui benda yang bukan milik kita. kan? rezki masing-masing, yer dak?
  • kamu kata aku perlu jaga makan minum, nanti lagi kurus.
  • kamu kata kalau aku rasa sudah boring dengan kerja harian, pergilah keluar ambil angin atau pergi beli-belah. (ini nasihat paling digemari)
  • kamu kata lagi, jangan lupa senyum hari-hari. hehe. aku suka lah;)
  • kamu kata juga, kalau kita cakap di telefon tak perlu buang duit, mahal kan. jadi cakap yang penting saja. (aku sedih part ni)
itu antara nasihat kamu yang sedang ada dalam kepala aku sekarang.

kamu, aku harap urusan kita dipermudahkan.

selamat malam semua

Thursday 26 February 2009

Endless Friendship? Tipu lah



Today, this week supposed to be my happy week. i knew some things yippie yippie.
Ok, lets put them aside.
I just got back from my badminton session with Vivian. And yes, someone suddenly turned up which has dramatically surprised me. Hehe. Thanks :)
After the badminton session I talked to Vivian and we were gossiping like there's no tomorrow. oh yes I love talking to her, we just have things to talk about.
Actually this is not the point. Yes, its been a while since I last talked to her. We both busy with..er..academic life?
This semester is my last semester here in Sheffield.
I dont know, but I'm sure I will miss the moment I had here.
Syyhh...lets not talk about what happened in the first year I was here. haha..bukan ape, once i started telling you, you wouldn't want to listen to my looooooonnnnggggggg story. Bukan bes pun.

Well I think I miss some people. Some people I used to be close to. Some people I used to share my ups and downs. Some people I used to lean on their shoulders and cry. sobsob.
Why I miss them? Yes because now they are no longer here, no longer close to me. No longer be my shoulder to cry on. They are just...not here anymore :|

Where are they now? They still alive..but we no longer talk like we always did. We no longer share the same stories, we no longer laugh at the same jokes. I dont think we have anything in common, anymore. hurmm..

I thought we can be friends for another 5 years, or for-ever. ever ever. We are not. I believe, people do change.
I must admit that I do change at times. Because of the changes, we cant be the person we used to be. The chemistry is not there anymore.

Hence I dont believe in "Friendship Never Ends". Tipulah.
Yes, bila dah lama kawan, masing-masing dah ada hala tuju masing-masing. Masing-masing dah ada prioriti dalam hidup. Sampai lupa nak update dengan kawan-kawan. Boleh je contact each other tapi rasa tu dah tak sama walaupun kita sudah puas mencuba. Tidak sama, sangat susah. Kadang-kadang kita akan cipta suasana macam dulu, tapi perasaan tu dah hilang.

Itu lah kadang-kadang kita perlu move on, mula hidup baru, kenal orang baru, jumpa kawan baru. Nanti kitaran itu akan datang lagi, mencipta cerita yang sama. Mungkin dengan itu kita lagi banyak tersenyum :)

Oklah, aku dah merepek.
buhbye..

Thursday 19 February 2009

This Is My List, Too Bad If You Disagree :)

Recently aku ada baca banyak entri berbaur begini (dari Nanie, Roe), description tentang lelaki pilihan. aku rasa agak menarik entri macam ni. mari mulakan.
kalau kau lelaki dan ada terfikir untuk lakukan the first move, ini yang aku mahu kan (NOTE: tidak dapat begini tak apa, janji aku tahu bagaimana yang aku mahu)
1. Kau memang lelaki tulen, itu pasti.
2. Kau single.
3. You can guide me to the right path or at least have the potential and willingness to be better.( THIS IS VITAL). And yes, if i say something good dengan tujuan nak menegur, kamu mesti willing untuk dengar:)
4. You are affordable in terms of money, time, efforts. it'd be better if you own a car, but hey i wouldn't mind using public transport (sometimes).
5. Someone yang pembersih, tahu bila untuk kenakan bau yang menyenangkan. Sedikit unsur Metroseksual adalah bagus.
6. Respect me and treat me as a WOMAN, not ONLY a human.
7. Knows how to get along with my family, friends. respect them too. one of the reasons of rejection is when my family say NO to you.
8. Knows how to joke. i like someone with sense of humor. excuse me, no lawak bodoh please.
9. Willing to sacrifice for me, or at least offer me your help, it will show your concern ok?
10. Smart thinking. i love men with brains. tak semestinya 1st class degree every semester, but THE WAY YOU THINK and MAKE UP YOUR MIND really matter to me. from that i would know whether you are smart. i also love to hear your evidences. jangan salah sangka, kalau kau pemalas belajar serta akademik tidak bagus pun aku tak mahu.
11. A good listener. this is important especially when we discuss a certain matter. i will listen to you and vice versa. it's a bonus if you can easily read my mind and just get what im saying so that i don't need to elaborate more on that. *applause*
12. You DO SPORTS. i want a healthy man, not a bookworm. hey, at least futsal.
13. Physically, i want someone taller than me (worry not, im just 160cm), 'sharp' face (if you know what i mean), tak perlu kacak macam Johnny Depp, tetapi sedap mata memandang sudah:). jika kau kacak serta perasan memang turn me off, maaf.
14. Tidak berkira in terms of money. ini isu sensitif bagi aku, duit. yes, even IF you know that i have more money than you but please do not expect i would always spend my money on you or you could just think that I am being TOO independent. i cant explain this in a great detail but i have a certain expectations towards men regarding to money issues especially when it comes to a married life. Marriage, Money, Husband, Wife.
15. Self confidence. a man with a self confidence is way more preferred. i want someone confident, tak segan-segan untuk share his opinion, tidak segan untuk speak english too (some people might memandang ringan this matter but not me). if you are someone yang akan cakap POYO to those people who speak english, it would definitely turn me OFF. thanks. oh yer lagi satu, you just know how to order meals in restaurant.
16. Matang, tahu membuat keputusan bijak. ciri ini berkaitan dengan ciri no 10 but what im emphasizing is here you must be FIRM with what you are saying or deciding. oh yes, i dont want cry babies please. just let me be the cry baby and you just calm me down, thanks.
17. Sense of intellectual. intelek ini penting, termasuklah bila kau menegur aku. tegurlah aku dengan intelek, bukan hanya ikut hati. dalam kata lain, teguran berhikmah. sekian.
18. Tahu isu semasa, boleh berdiskusi dan boleh dibawa berbincang. at least we have something to talk about other than being lovey-dovey at all times without knowing what's going on. ada kaitan dengan isu intelek, aku mahu pasangan yang intelek.
19. Seorang yang gentleman, buat aku rasa selamat. contohnya bila aku ada masalah, kau rela mendengar dan kalau boleh ada nasihat berguna. bagusnya.
20. Terima aku seadanya, tahu handle aku di kala aku tidak stabil emosinya setiap bulan dan sabar menempuh saat sukar itu (atau kadang-kadang aku tiba-tiba emosi. siapa tahu kan hehe.) if you can stand me at my worst, you deserve me at my best. yes you are ;)
21. Someone who leads the relationship. i dont want to be the man in a relationship. since i was small, i will be easily attracted to men with good leadership skills. hence, be the man.
22. Someone with good computer skills will obtain extra points here. hehe. why i need this? because i like gadgets, i like computers, i like technologies. bila laptop aku rosak hari tu, baru tahu pentingnya lelaki yang tahu komputer.
23. Jika kita berdebat, sila jangan kalah sebelum waktu. sila debat dengan hujah bernas, sekian.
24. If you want me to be an adult please treat me like one.
25. Tidak cepat putus asa. ini sungguh penting, aku tak mahu losers.
26. Seseorang yang membela aku, pertahankan aku bila aku dikecam.
27. Lelaki yang ada background keluarga yang baik, mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga, anak yang taat.
28. Tidak berat untuk tolong aku di rumah. situasi mudah. contohnya, jika kita baru pulang dari kerja, pasti penat dan jika kamu mahu aku masak untuk kamu, silalah tolong jaga baby kita sebentar. aku bukan mahu minta lebih, cuma kerjasama saja :)
29. Tidak expect lebih-lebih dari aku dari segi financial. duit lagi. jika kahwin denganku, sila guna titik peluh kamu untuk menyara aku, bukan berharap pada orang lain atau berharap pada aku sendiri (ouch) untuk menyara keluarga. jika terpaksa sangat hingga kau perlu pertolonganku, jangan risau, aku pasti tolong. aku pun bukanlah kejam sangat, tapi aku mahu kau usaha dahulu, habis-habisan.
30. Oh lagi, kau terima aku dan keluarga. aku ada 10 beradik tahu, sila lah tahu itu. kalau kau tak suka keluarga besar, aku bukanlah perempuan itu OK. oh yer, kau tahu kan yang aku ini tinggal di Perak, aku juga bukan belajar di Sri Aman, dahulu aku belajar di Kedah lah.
31. Humble. tidak menunjuk-nunjuk, tidak berlagak, tidak OVER.

beberapa bonus points:
1. suka kanak-kanak.
2. suka fotografi, paling tidak pun boleh jadi photographer aku dan kita berdua:)
3. artistik.
4. suka buat surprises. :)
5. pandai masak serta suka memberi aku makan. aku salutelah jika kau boleh buat aku gemuk. hehe
6. tahu main alat muzik serta nyanyi untuk aku.
7. business minded.
8. romantik untuk sesetengah keadaan. aku tak suka lelaki hopeless romantic OK. please! kadang-kadang dan ikut waktu boleh lah.
9. suka kucing juga:). kalau tidak suka pun, dengan baik hati memberi saya seekor kucing comel. Hehe

31+9=40 attributes.

ok nanie, im done;)

Wednesday 18 February 2009

Kadang-kadang Aku Mahu Jaminan

aku sudah jujur, tapi tetap sakitkan hati sesetengah pihak.
aku sudah minta benda baik kau tak mahu tunaikan.
kau tetap dengan prinsip kau, keras hati.
kau tak beri aku kelegaan, sekurang-kurangnya rasa terjamin.
no, nothing.

aku pun ada prinsip aku, aku ingin dengar kata orang yang lagi berpengalaman, terpulang pada kau untuk terima bagaimana.

sudah, ngomong pada tangan.

aku dah dapat jaminan, terima kasih, kaseh.
kau telah legakan aku, sebab tu kau tetap no 1. :)
yang lain mungkin ada mencuba, tapi aku tak rasa begini
tiada siapa dapat ganti tempat kau tahu?

Tuesday 17 February 2009

Entri Kasih Sayang

entri kasih sayang.

firstly, hApPy BirThdAy to My MoMmY.

"mom, i wish you a forever happiness. May Allah Bless you, always.
thanks mom for ..
  • being such a great mom, taught me so many things, dunia akhirat.
  • thanks for 'training' me to cook (esp all the petua-petua masak), to do the chores (yes, even kadang-kadang saya malas ;p).
  • thanks for always trusting me.
  • letting me to be the architect of my own life. you always let me making my own decisions.
  • always understand me, my problems.
  • for being a strong mom and wife, for us, for my little brothers and sisters.
  • being a great wife for my dad.
  • always telling us bed time stories when we were small. (Musang, Anak dan Ibu Ayam Dalam Labu yang Meletup for example. how cute mom!)
  • loving cats when you were my age. you petted cats remember? (although grandpa didn't like your lovely-cuddly-fluffy cats, you still pet and love them dearly) and now it runs in our bloods. hehe.
  • giving me cute little brothers and sisters. mom, you know how much i like all the babies? i'd rather not to have my lunch just to cuddle them. hehe. love love.
  • always be the first who found my eyeglasses when i misplaced it. (hihi)
  • the wise wisdoms you used to say :)

no words can describe how much i love her and the best thing is: she loves us unconditionally. she accepts us for just who we are. im not a good daughter either (hehe).
she's the best mom. why?
-she's the best cook, seriously! *drool*.......
-she's a beautiful woman, beauty with brain.
-she is strong, independent, patient. i mean it because i know things she went through.

ok Mom, i cant imagine living a life without you.

Sunday 15 February 2009

Only Dead Fish Go with The Flow

kenapa yer, kadang-kadang benda yang baik agak susah ditunaikan? benda baik juga kadang-kadang susah untuk dilaksanakan. ironinya, kalau benda jahat, tak baik, dosa senang-senang kita buat. mungkin benda jahat itu tak perlu usaha, tak perlu kos, tak perlu masa. benda baik pula sebaliknya. mungkin sahaja, mungkin. (mungkin ini sila ulang seribu kali)
jika kita mahukan sesuatu yang baik dan mulia tapi ditolak oleh sesetengah pihak, pasti rasa impaknya. (impak kuat; seperti dipetik dari drama bersiri Ghost lakonan Cheryl Samad. best loh cerita tu, tonton-tonton).
bila impian ditolak dan kita merasa impaknya, kita kecewa lalu kita tukar fikiran. kita buat keputusan yang bakal ubah persepsi kita, bakal ubah masa depan kita, mungkin juga bakal ubah hidup kita. yang lebih teruk bila pihak sana tetap dengan keputusan dan pendiriannya, ego kah, entah. ingat, ego yang maksima bisa mengigit pedih.
bila pihak sana tetap dengan keputusannya, kita pun rasa perlu melangkah, perlu membina rancangan baru, perlu beralih arah. beralih arah ini penting kerana kita tidak dinasihati untuk berada di takuk yang lama.
itu kalau kita mempunyai semangat serta keazaman yang tinggi, bagaimana pula jika kita rasa berjauh hati? mungkin kita rasa tiada lagi perancangan perlu dibuat, hanya ikut arus sahaja.

mengikut arus? ikut arus ini kadang-kadang kedengaran seperti seorang yang malas, hanya menurut sahaja apa yang di depan mata. sebab tu ada quote berbunyi: Only Dead Fish Go with The Flow. lebih applicable untuk sang pemalas super. yer.

tetapi..
tak jugalah. mengikut arus ini ada positifnya di sesetengah situasi. Ia juga bermakna kita terima sahaja apa bahasa alam, kita membuat keputusan berdasarkan apa yang kita lalui dalam hidup. hingga satu hari kita akan berkata dalam hati:

"sume bende pun smooth je..jalan je..menjadi je..rasa mudah je..tak perlu stress dan terlalu banyak frowning. it's like..it happens at the right time and place:)"

kesimpulannya, jika kamu telah berusaha untuk sesuatu yang baik tetapi tidak ditunaikan permintaan itu, kamu boleh lah guna quote itu: Only Dead Fish Go with The Flow. kamu bukan ikan mati lah, cuma ikan yang bersemangat dan rajin tetapi sudah sampai masa untuk hanya turuti arus setelah letih berenang:)

*jika aku ikan, aku sudah bertemu lautan idamanku supaya aku terus dapat berenang..jika aku ikan yang mati pun, aku sudah jumpa aliran yang buat aku rasa selamat, buat aku tahu ke mana arah tuju. aku tak mahu menongkah arus ini, aku mahu ikut sahaja:)..*

I WISH I DIDN WRITE THIS POST. SERIOUSLY

Ini Kamu Punya, Ambil Lah Balik


Si Kecil A: awak..kite ade teddy bear baru..kite suke sangat..comel kan teddy bear kite..
Si Kecil B: ala awak..kite suke la tengok teddy awak..kite nak juge..teddy comel and fluffy macam tu
Si Kecil A: awak suke, pinjam la teddy kite..mama kite tak marah..awak ambil la..
Si Kecil B: Ok..kite pinjam ok..

Si Kecil B begitu suka teddy kepunyaan A..hingga dia lupa itu bukan miliknya..
B mula berfikir untuk tidak mahu pulangkan teddy bear itu kepada A. Mama Si Kecil B sudah berpesan, jangan ambil hak orang..pulangkan kepada pemiliknya kembali. Si Kecil B merengek minta difahami mengapa dia mahu menyimpan teddy kegemaran itu. Si Kecil A pula menangis minta teddynya dipulangkan.
a few days later..

Tapi Si Kecil B tahu dia perlu pulangkan barang kepunyaan A itu. Dia tetap perlu dan mesti pulangkan.

Si Kecil B: awak, kite mintak maaf, kite ingat tanak pulangkan teddy awak..kesian awak dah nangis..
Si Kecil A: takpela awak, awak jangan buat lagi yer..
Si Kecil B: ok, kite janji..

Wednesday 11 February 2009

Aku dari Venus, Kau dari Mars?





i played badminton for about 40 mins only then off to Odeon for a movie.
He's Just Not That Into You, a guide for women out there. diadaptasi dari sebuah buku (aku tidak baca buku itu). tidak silap aku buku itu berkisar tentang panduan tentang perhubungan juga, lebih kurang seperti buku hangat John Gray-Men are from Mars and Women are from Venus. (buku ini juga aku syorkan kamu baca)

aku syorkan kamu tonton filem ini, ada unsur jenaka, kemanisan, sedih dan juga gembira. mixed feelings lah. aku tak dapat menahan ketawa melihat Gigi yang begitu desperate mencari lelaki idaman, agak annoying bila lihat dia sangka semua lelaki yang baru berkenalan dengannya ada harapan untuk pergi lebih jauh dengannya. ha ha ha. tapi, pengakhiran untuk Gigi begitu sweet. aku suka lah.
begitu juga dengan kisah kisah yang lain, paling manis dan sentuh hati bila Jeniffer Aniston terjumpa sebentuk cincin di dalam seluar Ben dan terus dilamar Ben. kamu akan tahu mengapa aku kata babak itu sweet, jadi tontonlah! hehe

ops sorry lah kepada yang masih belum tonton, terus dapat review percuma dari aku. dah tak surprise lah ek?

Sunday 8 February 2009

Aku Orang Perak yang Hampa. Kembalikan Nizar Aku





aku di rantau orang tak bermaksud aku boleh bersikap tak ambil peduli, tambahan pula perihal negeri sendiri, Perak.

aku mahu Nizar semula, siapa boleh kembali kan Nizar aku sebagai MB?

siapa????????????????????????????????

kalian tahu kan, rakyat kini bukan lagi rakyat di zaman JW Birch, rakyat sudah bijak memilih, sudah terang mata mereka, sudah bersuluh hati nya.

oh ya kalian, sila lah guna bulletin board friendster anda dengan bijak, bukan hanya keluarkan post berbaur politik. tambahan pula yang ‘copy paste’ version. sila kurangkan ’spam’ di friendster aku. im glad to hear your very true opinions rather than spamming around with those news yang di copy paste. semak mata aku mahu bacanya. bersuaralah dengan suara sendiri, bukan hanya ambil dari sumber sumber tertentu. sekian.

kau tahu kan aku tak gemar politik. kecuali Nizar.

adios.



Friday 6 February 2009

Bila Aku Sedar Betapa Aku Perlu dan Akan Suka Kamera SLR




waktu itu aku masih di tahun pertama. aku telah mengambil gambar sushi kegemaran yang berada di atas meja, berlatarbelakang kan katil ku. (aku harap kamu-kamu dapat bayangkan bagaimana perspektif gambar itu). gambar diambil dengan menggunakan telefon bimbit pertama aku yang berkamera 2 juta pixel. (biasalah first year, excitement yang terlebih membeli telefon pelbagai jenis).
waktu itu ku rasa sudut pengambilan gambar sungguh kreatif (ha ha ha), lalu sahaja terasa mahu upload di friendster. (biasalah, PDA sekali sekala)

tak diduga, seorang teman second degree telah menegur gambar ku. lebih kurang begini komennya: "kalau nak ambil gambar angle begini, perlu guna kamera lebih hebat, bukan hanya guna kamera telefon bimbit."

aku tak faham maksudnya, aku rasa "apa salahnya guna kamera telefon bimbit, janji dapat ambil gambar"
aku terus menghantar mesej peribadi kepada teman, tak faham maksudnya, sungguh.
lantas dia cerita bagaimana penggunaan kamera yang betul mampu pengaruh kualiti gambar. dia kata, walau sudut pengambilan sudah bagus, namun jika guna hanya kamera telefon bimbit 2 juta pixel masih tidak cukup.

aku faham, betapa aku tak tahu keghairahannya jika ambil gambar guna kamera SLR. maklumlah, masa tu masih cetek ilmu kamera ku. setelah aku sedar betapa mengguna SLR mendatangkan rasa kepuasan dan kegirangan yang tinggi, aku terus 'addicted' untuk terus melihat gambar-gambar orang yang sudah 'established' skills mereka. tapi untuk aku, aku bukanlah terus guna SLR, aku mulakan dengan kamera digital dahulu, belajar perlahan-lahan tapi pasti. (slowly but surely right).

even now im still learning and learning to use my new DSLR camera.

tapi sungguh ironi bila difikir kecil-kecil dulu jika abahku mahu aku ambil gambar adik-adikku, pasti dapat komen membunuh perasaan, contohnya: "kak lang, ambil lah gambar elok sikit, senget lah, tak balance lah gambar..dan sebagainya". biasalah, dulu kan guna kamera yang berfilem, pasti rasa rugi bila ambil gambar yang (erk..buruk rupanya)..setiap shot dipastikan cantik serta beri kepuasan. sekarang..gamba semua digital. senang.
bila aku sudah jatuh hati pada fotografi, aku lupa semua komen komen membunuh perasaan itu. ala, kadang-kadang komen yang membunuh perasaan itu yang sebenarnya mencabar kita lalu beri semangat kan?

kesimpulannya. kamu yang suka fotografi, sejak bila berputik suka itu?

jumpa lagi, aku mengantuk.

Wednesday 4 February 2009

Radang Buat Hari Ini

hari ini (dan semalam sebenarnya) aku berhadapan dengan emosi radang.
punca punca radang telah dikenal pasti iaitu:

  • aku TERpaksa membatalkan niat ke Mesir. aku tahu adikku kecewa dengan aku, maaf lah Kimi. ada faktor sampingan yang tak dapat elak. lagipun, sungguh terkejut melihat harga tiket yang naik mendadak. bukan lagi £240 seperti yang aku lihat 2 minggu lalu, kini sudah naik ke £300+. minimum adalah £350 mungkin. aku kecewa dengan diri sendiri kerana kecewakan adik aku, kasi harapan yang aku akan ke sana. ya, mungkin sebab aku lupa yang aku ni hanya perancang terhina, tapi penentu terhebat yang Nyata ialah Dia.
  • aku agak penat, aku tidur enak di kala petang-sesuatu yang sangat JARANG aku lakukan. aku biasanya tidur malam sahaja. sekian. apa yang radangnya? oh, kerana bila aku bangun sahaja, bilik aku gelap gumpita, aku (dalam separa mamai) terpinga-pinga siapa yang masuk ke bilikku dan memadamkan lampu? perasaan takut itu ada kerana di tingkat 3 ini aku tinggal seorang. aku mula fikir siapa..siapa yang masuk ketika aku tidur? ...........
....
  • aku fikir lagi..rupanya hari sudah menjelang malam, memanglah bilik ku gelap gumpita. tadi kan aku tidur siang, masih cerah. itulah, selalunya aku hanya tidur malam dan tidur dengan sedikit cahaya, tapi kali ini bangun-bangun sahaja gelap. bikin hati kecut sahaja. moralnya..usah tidur siang, jika mahu tidur, sila ingat waktu bila anda tidur supaya anda sedar ketika anda bangun itu adalah sudah malam, bukanlah siang seperti waktu anda mula mula tidur (kesimpuannya aku sudah over slept lah, senang crita)
  • bila aku over slept tadi, aku sedar aku macam sorang sorang di rumah besar ni. buat kamu yang tak tahu, rumah aku ada 6 bilik, 3 tingkat. aku seorang di tingkat 3, yang lagi 2 di tingkat 2, keduanya pelajar Phd. jadi kau faham-faham lah kan, masing masing buat hal sendiri. entah kenapa hari ini aku benci hidup macam ni, sebab aku tak rasa macam aku ada teman serumah. *senyum paksa*
  • aku baru tahu hari tu bila Liverpool-Chelsea match, Lampard darling (kalau lah Lampard tahu haha) telah kena kad merah. (Patutlah Liverpool menang, BOO!) oh, patutlah Rarai, dan seorang lagi Liverpool fan tak mahu cerita pada aku (kunun-kunun sebab aku still ade paper on Monday). takdelah sampai macam tu sekali impaknya. tapi aku dengar dia boleh appeal so that dia tak digantung for the next match. cmon Lampard, go!
  • aku cuba edit gambar guna Photoshop, tapi aku rasa version ni tak berapa 'compatible' lah dengan Vista. aku macam "ah, frust lah. dan beiya-iya nak edit, tapi tak boleh buat apa-apa pun".
keradangan tidaklah di tahap bahaya kan? punca pertama itu bukanlah sebenarnya radang, cuma sesuatu yang aku rasa "erghhhh". aku marah pada diri sendiri...:(

baiklah, mari girangkan hati. kita tonton cerita sambil melipat kain sambil berpura-pura rajin dan ceria.

lalalalalala..~

Bila Decision Aku Adalah Pemboleh Ubah Boleh Laras


fotografer baru tahu teknik baru guna SLR.
mungkin umur aku 24 tahun ni, tapi buaian tetap sesuatu yang boleh buat aku rasa girang
dah hilang idea sangat dah, lantas ikut jer ape fotografer cakap.

muka girang kerana sebenarnya buat-buat hampir terjatuh.


bila decision aku bergantung kepada orang lain dan aku terpaksa akur dengan decision orang lain itu, aku rasa bersalah kerana orang yang menunggu decision dari aku itu kecewa. bagaimana mahu menang hati kamu kembali ha?
aku minta maaf, keputusan aku kali ni bukan aku yang mahu. sila lah faham. aku akan ikhtiar cara lain ok?

sighhhhh..

Monday 2 February 2009

My Myra Lisya

yea..yea..it's my 1st burfday..i grew up rite mommy? i'll be good, pwomise..
oh pleaseee...

i think i smile just like mommy..


nothing much, just some latest pics of my niece.
i think she looks different, totally.
i miss her, i want to cuddle her, huggy-huggy her, kish kish some more. :(


'kalau tengah jalan jumpa batu, siapa yang akan panjat batu tu dulu? siapa yang akan panjat dulu dan hulur tangan pada awak tolong awak naik? mestilah saya kan..apa-apa pun biar saya di depan, biar saya tempuh dulu apa jua yang ada, termasuklah segala halangan..awak tak perlu buat apa-apa sangat..ikut saja saya..'



aku rasa sudah jatuh hati, jatuh hati pada 11 Januari by Gigi.
"kau bawa diriku ke dalam hidupmu..kau basuh diriku dengan rasa sayang..senyummu juga sedihmu adalah hidupku..kau sentuh cintaku..dengan lembut..dengan sejuta warna.."
jika aku lah orangnya dan kau sedia ketuai diriku dan kita..






aku terima;)