BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 29 January 2009

Hari Sedih

hari ni, gusi aku bengkak lagi teruk. kepala pening.
Elly Ym and tanya:

"ko lapar ke? ada makanan tak?"
"ade roti, lunch tadi roti."
"waaa.."
"nape"
"sian ko lapar, lunch roti je. dahla kurus, nanti makin kurus"

*tiba tiba pipi panas..basah..*

takper, tak payah kesiankan aku..sedih pulak..
sekarang aku rasa betapa tak besnyer sorang-sorang kat rumah ni..:(


serius..tadi aku eja gusi as gungsi sbb betol betol igt dah betol spelling nyer. salah la!

Darah tak Diundang

semalam..

  • jari ku tiba tiba berdarah..serius..tiba-tiba sahaja..bleeding tu banyak tahu..luka itu dalam, sebab tu darah banyak..aku mahu bersiap-siap keluar untuk bayar bills for Sarah kan..tapi siaran tergendala sedikit sebab darah tu..yang peliknye aku memang tak tahu punca jari tu berdarah..sebab masa tu baru lepas mandi..then suddenly darah dah menitik-nitik..jeans baru ku yang warna khakis ada calitan darah..aku sedih:(...
  • aku sudah update CV ku..terima kasih kepada Rarai kerana membantu..dan maafkan juga kerana saya hampir 'menghapuskan' segala hasil edition itu..yerla kan..nak panaskan kaki punye pasal..terus ter off kan laptop..bijaknya Zakiah nih! saya janji tak buat lagi tahu.
  • aku juga mahu introduce fotopages ku, How I Photographed My Feelings..terima kasih kepada siapa yang telah view, saya budak masih baru belajar dalam fotografi, komen-komen membina adalah dialu-alu kan..terima kasih.. oh ya, betol ke fotopages tu Israel punyer? serius aku tak tahu..dah buat lama dah fotopages tu..nway, all the pics in the fotopages adalah gambar-gambar lama..gambar bersama baby Nikon ku nanti ya..soon..soon babeh..tunggu exam abes dulu okehs?
  • semalam aku belajar sesuatu dalam hidup. 'kita perlu ukur baju di badan sendiri.' kalau kita saiz S, jangan lah nak cuba-cuba saiz XL, nanti jadi Casper baru tahu.
oklah, jari aku masih berplaster..type pun agak lambat..
mari belajar High Speed Circuit Design..yeah! ganbantte tu Zakiah chan!

Wednesday 28 January 2009

Melayu lah Sangat

pagi pagi lagi aku agak tidak puas hati dan sewaktu dengannyer.
for the UKEC careers fair, i booked a room for myself. yeah people, nanti if book lambat takut full plak kan, hence the advance booking.

then today i called the Msian Hall people in LONDON. hey..what's with the capitalized LONDON? ok..teruskan bace..

kes #1

i told her that i made a room booking. i called to confirm my booking and to check whether they have received my booking, whether my booking has been placed.

she replied in a courtesyless way and said that they can't check for it yet, i need to call 2 weeks before the day i check in. they only have booking list up to February only.

oh yeah ..good lah, nanti aku call 2 weeks before and if they say "sorry, no room available for u", kan bagus rite..kene carik hostel (hotel di London? nak bayarkan ke) mane mane lah kan lepas tuh..which is quite risky. yes it is.
and i went:
"so it's gonna be quite risky rite, in case no room available for me"
"yes it is" just like that?

kes#2

the day i went to London last November, also stayed in Msian Hall. yes sebab mase tu bukan peak season, so i confirmed my booking a few days before i check in. but the bad thing was..receptionist yang answered my call tu memang tiada skills melayan customer.

why? sebab bile aku call and said nak confirm my booking, die kate "boleh tak awak call balik lepas ni sebab saya tengah busy layan orang nak check out?" note the intonation too.
oh cik puan, saya rasa awak perlu lihat cara awak layan customer. sudahlah awak bekerja di London. aku rase tak pernah lagi orang yang cakap macam tu bile jawap calls, especially here in UK. any calls mesti layan, tapi mesti beritahu pada customer yang sedang tunggu di depan mata, "kejap yer cik, ada panggilan." or ape ape je la ayat yang manis.

huh. sungguh bagus serta bertatasusila. aku tak rasa dia baru bekerja di situ, di London. takkan skill nak layan customer pun masih takde?

cerita pasal "Tungku Jaafar pun tak kenal" sila tanya Elly, sebab dia yang lihat kejadian itu.
pasal students kene sound sebab tak kenal siapa Tungku Jaafar.
"dah brape lame stay kt UK? Tungku Jaafar pun tak kenal. saya dah 30 tahun tinggal kat UK tapi still kenal"
oh yer, mungkin dia mahu tekankan yang dia masih ingat tokoh atau kerabat diraja Melayu. ya, itu bagus, tapi usahlah buat ayat tidak professional begitu.
mungkin sungguh melayu hingga layan customer pun kurang, kurang reti.

maaf aku emo. tapi aku sungguh sensitif isu "tak reti layan customer" ni sebab mereka kene tahu, tanpa customer siapalah mereka.

eh entry berbaur racist kah? taklah, saja je nak ingatkan Melayu.

*aku rasa kalau aku cerita pasal ketidak puas hatian ni pada seorang perempuan mesti die mengiya iya kan aku..buat aku lagi semangat nak luah tapi kalau pada lelaki..mesti dia akan kata: ala..dah la tu..bla bla..ayat-ayat yang kunun menenangkan hati. eh maaf, sexist pulak di sini.*

Tuesday 27 January 2009

Adakah Kau Orangnya?


Sekarang aku sungguh mengantuk setelah makan sepinggan nasi berlauk tilapia goreng masak bercili campur hijau merah. (tah ape ape name resipi).
macam biasa, kalau aku mengantuk pasti aku cari distraction, blogging adalah salah satu cara.


....

"aku ingin rasa selamat..
aku perlu yang optimis..
yang selalu katakan pada aku yang semuanya akan OK..
aku mahu yang bersabar..yang tahu menguruskan aku di kala aku bukan diri aku yang selalu..contohnya mungkin ketika menjadi monster..
well because someone said
"if u can stand me at my worst, u deserve the best of me"..i agree.

aku mahu aku dilindungi..
aku mahu percaya apa yang kau kata itu benar, ikhlas..
aku tak mahu sakit..aku mahu hanya bahagia. ah itu pasti kan? semua orang pun mahu.
aku mahu jadi perempuan yang lagi baik dari hari ke hari..aku mahu kita juga jadi lagi baik..kita sama-sama jadi..boleh kan?

aku mahu kita tunaikan apa yang kita pernah rancang..i want to turn them into reality..
aku mahu sesuatu yang realistik..aku mahu dirimu yang benar, jadilah dirimu yang sebenar..aku mahu belajar menerima seadanya..aku tak mahu plastik atau sepastik or whateva..(ah mengarut pulak)..
aku minta kau faham aku bagaimana..terima aku seadanya aku..kadang kadang aku kompleks..bagai kompleks nombor jika kau mahu..
tak mengapa, kau akan makin faham aku..as time goes by kau tahulah aku bagaimana orangnya..
*contohnya bila aku kata aku sedih kucing aku mati, aku maksudkannya. bukan sengaja sedih-sedih*

banyak lagi aku mahu cerita..tak tahu kau mahu dengar atau tidak..tak tahu bila kau akan baca ini..

semua yang aku ingin/mahu/perlu itu..adakah engkau orangnya?"

oklah..sudah kurang mengantuk..mahu belajar Smith Chart the black magic..yeahhu!!



Entri Kunun-Kunun Diari

hari ini igt nak masak tilapia bercili. (again). tapi ..tapi macam malas..kaki sejuk, perut memulas..tadi pergi morrison dengan Elly. i got myself fruits. grapes and mandarin. seronoknye..aku suka sangat fruits. tapi kan, since pagi and tengahari tadi aku tak berapa makan, jadinya perut aku sudah berbunyi-bunyi, memulas..sebab makan grape tu aku rase..pelik lah perut aku ini. minum susu pun tak bleh sangat..hurmm
eh sebenanye aku ade beli bende lain lagi..TERbeli. haha..yeah ..nak tahu ape sile tanya Elly..

oh yer, hari ini ade barang 'baby nikon' aku sampai. aku baru beli UV and protection filter..tak mahal pun filter lense, brand Tiffen. before beli tuh ade jugak la tanya orang hebat SLR, Adlan. i asked him how to buy filter, which one to choose and all..siapa Adlan? he's my schoolmate..sila lah lihat flickr nya..di link 'snap! snap!' tuh..yang Amroose tu..gamba nya cuns cuns. now die gune Nikon d300. (orang kaya manchester)

aku juga agak malas kemas bilik tapi aku mesti kemas. jangan lupa ya zakiah, kamu kene update CV kamu and submit it to UKEC too. CV! mahu update tentang apa ya..cakap pasal CV, aku harap dapat kerja itu...dapatlah..dapatlah..malas dah nak fikir nak cari kerja kat mane..cakap pasal kerja lagi (tibe tibe nak tuka topic dan melencong jauh)..aku rasa kadang-kadang..aku tak mahu jadi engineer..hurmm..aku ada reason sendiri..aku sudah fikir agak mendalam apa aku mahu jadi nanti in the future..tapi nanti lah cerita pasal careers tu..ada entry special about 'being an adult'.

sebenarnya aku sungguh penat sekarang ni..tadi orang Msia call, bes la jugak ade orang jauh call kan..bes bes..bes tau..
...
..
..........
..

sebabkan penat lah aku malas sekarang ni..typing pun sambil bersandar di dinding, di atas katil. aku pun malas nak fikir sampai entry ni pun macam takde point. haha...

typo? ah..biarkan..

lalalalala..
aku malas..
tula..sape suruh bace..

;p

Monday 26 January 2009

Remind Me

tomorrow:

  • to return a book
  • to pay Sarah's bills.
  • to pay rent to my landlady.
  • to update my CV and submit it to the UKEC.
  • to confirm my room booking with MSD.
  • to call Miss Fauzana back in Msia at about 2-3am.
  • to clean up my messy room
  • to find my watch.

Saturday 24 January 2009

My One Year Baby


on our way to fetch her mama and heading off to shah alam to see Cenad.

sending Ateh (Kimi) to Egypt.
mommy, im hungry..
she fell asleep after crying.
she loves cars

she said: dont mess when im sleepy.;p


meragam-meragam but still love her.




aku ingin ucap selamat hari lahir kepada satu satunya niece aku, Nur Amirah Alisya .
"happy beday..."
25 Januari 2008 yang lalu aku sungguh gembira dan delighted dengan kelahiran Myra. aku tanak cakap banyak, cuma mahu post gambar-gambar Myra sejak lahir sampai dia yang kini.
kakak cakap Myra sudah bisa berjalan. now kakak and the family are in Perak, kunun-kunun celeb beday Myra. besnye..
sangat tertekan dengar riuh rendah kat rumah tadi..:(
i wanna join the crowd...sigh

Beautiful Mistake


headache since last night was really torturing.
--------------------------------------------------------------------------------------------------- "you are just like a cheesecake. the more i eat you, the happier i will be. you are irresistible and yummy, but i cant have you that often anymore."

"why on earth you are here?"

need to send you back to a place you used to be.



you are just a beautiful mistake of mine.


Friday 23 January 2009

Dual-Faces

people with talam dua muka are really disappointing, annoying too.
well well..i really need to remind myself not to do that again.
cmon, grow up lah. i know you are better than that.

Thursday 22 January 2009

BTN Buat Kali Ke-2?



yeah yeah people i just got my baby Nikon. but ade sedikit citer tak bes right before i got my baby. oh yes i called it baby bcos of the size. hehe
i was expecting my Nikon to be delivered on the 21st Jan, but petang 20th Jan tu perut sungguh lapar, lalu ke dapur.
terlihat satu nota di bawah pintu utama rumah.

suddenly teringat camera ku.

nota tertulis:

"parcel-it's in front of your house"

Whatt??? mereka tinggal baby aku depan rumah? sejuk sejuk gitu? sorang sorang? kalau ade org curik camner? aku agak panic bile tau mereka tinggal Nikon aku depan rumah camtuh jer, terus nak bukak pintu padahal pintu kunci.
bergegas lari ke atas, kucapai kunci dan lari lagi ke bawah (cara-cara untuk kurus dengan cepat).

bile tengok kotak Nikon depan rumah, hati sungguh girang, cepat-cepat bawa ke atas bilik. senyum sorang sorang. terus unbox camera. (seperti yang telah ditonton di Youtube. ha ha)
belek belek sambil senyum tak putus. bunyi macam tak berapa betul (haha)

terus nak snap gamba. (eh sabar lah kan. haha)
tapi rupenya bateri kene charge dulu. sejam setengah kemudian baru boleh snap.
EXCITED!
sudah lama aku mahu SLR sendiri. tak percaya tanyalah mereka mereka yang tak jemu melayan soalan-soalan aku tentang SLR.

oh ya, aku sungguh gembira bila ada SLR sendiri. indescribable feeling yeah u know..~

remember i told you photography is my forever passion. i mean it:)
plus, all my family di rumah pun bunyi seperti gembira bila tahu aku beli SLR. ya, mungkin ada adik ku yang gembira kerana mereka sudah bayangkan Sony cybershot aku kini mungkin akan jatuh ke tangan mereka.

so now i have some plans after the exams:

  • photoshoot session with my baby. yeah cant wait!!. oh yes aku juge ade a friend yang juga baru beli SLR. it was a Nikon too! tapi camera die lagi mantap! hehe
  • catch up with my photoshop skills. haha. dah lame tinggal photo editing since laptop dah rosak rosak hari tuh. maybe i need to download 'light room' as well.
  • update my fotopages. oh yes people, aku ade fotopages sebenarnya, cuma tidak begitu updated lah. gamba baru sikit-sikit uploaded ;)
  • explore more about my new camera. :), i really need to.
okeyhs, i have a 'good' news.
those MARA students, most probably you guys mesti pergi BTN. BTN kali ke-2 tuh. aku mungkin boleh 'cuti' since exam aku habes on the 2nd Feb. ;p

oh yer, selingan:
lucu jugak dengar feedback dari rakan-rakan tentang BTN.

"ala, BTN tu untuk undergrad je kot ek. saya dah 3 kali pegi"
-yer kak, maybe untuk undergrad je tuh

"aku tanak pegi BTN boleh tak, ade project lagi pasni. kami bz ngn project"
-ini melampau. aku pun ade project la. ;p

aku mungkin akan berminat untuk pergi ke BTN kalau mereka cerita sejarah Malaysia versi original, tiada seleweng. misalnya kisah Long Jaafar yang sebenarnya anak seorang Sultan, bukan hanya pembesar; memiliki Empayar Islam besar di Thailand. siapa tahu sila inform aku.


later!

Wednesday 21 January 2009

PeduliLess

esok paper first aku. as predicted, 'orang atas' bising lagi. almost everyday, at about 5pm pasti bising kedengaran di atas. tapi aku rasa aku boleh tahan. aku dah tak kisah die nak bising, biar runtuh rumah pun takper asalkan tak kacau aku physically.

orang call aku nak borak pun i said sorry, esok lepas paper kita sambung borak. (padahal baru abes first paper.)
masa suntuk, mari belajar sampai titis akhir.

eh ape motif post pendek ni?
tertekan ke?
mungkin lah. ade lah sikit. biasalah kan.
tenang. tenang..boleh punyer..:)

hiyaarkkk!!!

ops kejap, ada orang mahu masakkan aku sesuatu malam ni, jadikah?

Tuesday 20 January 2009

PHD?

lusa kertas pertama aku, hari tu ada teman bicara tentang cita-cita, tentang masa depan, tentang sambung belajar.
PHD antaranya.
maaflah, di kala genting ini aku tak bisa bicara tentang sambung belajar.
topik itu bes, "ke mana arah selepas habis degree?"
tapi nanti lah ya, aku perlu fokus apa yang ada depan mata.

oh, tiba tiba rasa cuaks. doakan aku dan rakan rakan aku dapat jawap dengan cemerlang..
eh kau juga lah, yang sedang membaca entri ini :)

*oh ya, aku beli kamera baru, surprise itu bukan lagi surprise. ya, kamera DSLR. hehe. impian aku sejak setahun lebih dahulu. jenama? mestilah Nikon :) mengapa bukan Canon? ala, DSLR nikon dan canon-perbalahan yang tiada sudah jika kau mahu.
kamera bila sampai? perlu
alert hari ini, mungkin hari ini sampai rumah:)*

tadi lihat status YM seorang rakan- "gudwin 1-3pm (4 courts)". aku sudah terbayang badminton, mahu join juga tapi aku masih terkedek mahu belajar, mahu join! lantas aku tanya, wah, main badminton ka?
"bukanlah, kami kan ade exam petang ni kt goodwin."
haha. rindu sangat kot aku pada badminton. lepas exam badminton lah banyak-banyak

aku sudah berangan untuk ambil gamba di Bumi Ambiyak. ah, cepatnya!

Sunday 18 January 2009

Selingan Mengantuk

aku mengantuk, perlu cari 'distraction' untuk hilangkan nguapan.
esok peperiksaan bermula, tapi aku mula diuji khamis ini. kertas pertama pada 22Jan.
doakan kita semua dapat keputusan cemerlang ya?

aku juga ingin minta maaf dari semua orang yang kenal aku.
halalkan makan minum ya.

moga kejayaan milik kita.
insyaAllah.

aja aja fighting!!
ganbatte kudasai minna chan!!

*sambung kerja*

Saturday 17 January 2009

Bila Dimarahi


bila kita dimarah, kita mungkin rasa ditempelak hebat, tambahan lagi untuk sesuatu yang kita FIKIR bukan salah kita.
kita akan marah kembali, melawan, membela diri.
tapi betulkah kita tidak bersalah?
mungkin kita rasa perkara itu kecil, sedangkan di pihak sana terlalu sensitif.
mungin kita rasa kita ada alasan tertentu, sedangkan alasan itu sungguh kolot. lame.
mungkin kita rasa kita berhak untuk buat kesalahan itu, sedangkan kita mungkin ada cara lain.

lihat, kita ada juga salah kan?
mungkin kita ada salah, cuma tak nampak.
usah terlalu rasa diri itu selalunya betul, menjadi righteous itu tidak membawa kau ke mana pun.
oleh itu, dari melawan dan menegakkan benang basah, baiklah berdiam dan terima sahaja apa yang BETUL.
apa yang betul sahaja ya.
lepas kau belajar terima salah diri, pasti kau tak rasa ditempelak begitu hebat. sebab kau tahu kau punya kelemahan diri, orang lain juga begitu.
kita kan tidak sempurna, lupa?
pasti fikiran kau kembali positif bukan?

Punca-Punca Radang & Penyelesaian


pagi ini proses pembelajaran berjalan seperti biasa, namun ada sedikit gangguan yang berupa bentuk radang.
punca-punca radang:

  • bilik tidak kemas, bilik gelap, pencahayaan tidak agung
  • tidak mengidu bauan indah.
  • cara belajar tidak selesa, perlu tukar 'port'
  • perut berbunyi sejak awal sessi pembelajaran, tiada sarapan. aku diet lah, biar betul?
  • gam kegemaranku sudah keras, tak boleh guna sudah.
  • pen tercabut lantas terpelanting.
jalan penyelesaian:
  • aku bakar lilin untuk panaskan air yang telah dititikkan bauan 'Cassis Rose'. bau yang terindah aku perlu katakan bagi home oil fragrance. ah terpikat selamanya!
  • aku selak langsir seluasnya, terang!
  • aku kemas katilku, lipat apa yang patut, simpan baju dalam almari. ha, rapi sedikit.
  • aku ke udarakan lagu kegemaran, maksim si handal piano.
  • aku bertukar 'port' untuk belajar. selesa sedikit
radang berkurang, hati gembira bila lihat matahari terang di luar tingkap. indah kan ciptaan Nya?

*Myra masih tidak bertutur dalam bahasa yang aku fahami, cuma keluar "ca-ca" dari mulutnya setelah kakak mengajarnya menyebut kakak. ala, boleh lah tu kan?
haha sayangnya aku pada Myra:)
*on the phone with kakak (just to hear Myra's voice), and for the goodbye, kakak minta Myra say goodbye. i waited for 2 minutes, no bye bye at all. last last kakak said:
"kak lang, Myra kissed the phone".
aaaa...nak cuddle Myra!!

Friday 16 January 2009

'Hadiah' Sekian Lama. Tak Sampai 4 Jam Naik £100.

aku gembira

  • aku rasa hampir 2 tahun aku inginkan sesuatu itu.
  • tadi aku telah beli, setelah fikir beberapa kali, bajet ku mungkin akan lari, mungkin terpaksa lebih berjimat.
  • tapi aku harap pembelianku ini berbaloi.
  • lagi gembira bila aku lihat 'baby' kesayangan ku itu sudah naik sebanyak £100!!! tak sampai 4 jam aku beli, harga naik sebanyak itu. rezeki aku kan? :)
oh aku tak bisa beritahu siapa baby baru itu, aku takut perkara sama akan jadi seperti Laptop baru aku hari tu, sudah di pesan namun laptop tiada dalam stok. kecewa kan?
jadi makanya aku perlu tunggu hingga baby aku itu sampai ke tangan aku, baru kalian dapat tahu.

haha.
my becoming baby, you are cute, adorable and handy. i know you're gonna be my dearest boo. hehe.



my new baby, i cant wait to see you!!!!!!

Thursday 15 January 2009

The Greed

"the greeeeedd and selfishness".
please pronounce them heavily. hehe
i still remember i used those words during my first and real job interview (doakan aku dapat kerja itu ok).

people have their own greed. aku juga tamak, tamak kasih sayang. hehe
just now i called mommy and at the same time I was chatting with my little brother, Kimi. i miss both of them.
yeah i called mommy EVERYDAY but still cant get enough. i told her everything. seriously like semua benda pun nak cakap and tanya. bukan manja lah, tapi aku suka jika ibu sentiasa jadi rujukan.
ibu akan jadi sumber rujukan terbaik di kalangan manusia yang aku kenal.
jadi apa yang tamaknya?
yer, sedang aku berbual dengan ibu, aku juga menaip menulis sesuatu untuk adik di bumi Ambiyak sana.
rindu kedua nya lah..
adik ku pula sumber rujukan perihal agama. maklumlah, ilmu agamanya jauh lebih banyak dari aku.

okla, to my little brother Kimi, all the best for your remaining paper. only 1 paper left right?
Kak lang rindu kamu, jaga diri ya di sana. :)
oh peace y'all!

Wednesday 14 January 2009

Pilihan Hidup


semalam ada sesuatu berlaku, sesuatu aku lihat. buat aku terfikir sesuatu perkara yang tak pernah terlintas di kotak fikiran. tak pernah terlintas di fikiran? pasti kah?
ah..pernah lah, tipulah tak pernah.
aku pernah berfikir tentangnya, cuma tidak sedalam dan seserius semalam.
aku mula berfikir, akan ku pilih semalam kiranya aku tidak mendapat seperti yang dirancang.
ku kira semalam adalah satu lagi pilihan dalam hidup yang aku putuskan.
telah ku tanya ibu dan keluarga serta sesetengah rakan, semua begitu bersetuju. aku lega, terima kasih kalian. you're the best.

aku rasa tiada apa yang perlu aku kejar kini, tiada apa yang perlu runsingkan dalam hati, kecuali peperiksaan minggu hadapan. fokus fokus.

setidak-tidaknya aku tahu apa aku mahu lakukan selepas ini, tambahan pula dengan sokongan dari orang-orang tersayang.
ah..aku bahagia..

thoughts of the day:
"belajarlah untuk bertawakal setelah berusaha sedaya mampu, bila sesuatu di luar kawalan, tinggal kan pada Allah untuk putuskan yang terbaik"

Tuesday 13 January 2009

The American Accent

today i had usrah. foods were everywhere. haha. i made spagethi, apple crumble by elly, nameless italianos by mira, puding by freda and zalina.
as usual, i ate a lot. usah terpegun lah, memang saya makan banyak hi. hi. hi.

then our discussion was distracted by this one man who came over to check our electricity meter.

i spoke to him and he went:
"u spoke like an american, which part of america are u from?"
i was lurus dan jujur. i replied:
"no, im not from america, im from Malaysia.". smiled.
"oh yeah but it's nice"

flattering ke ha? entah, but all i know was, hairan lah kenapa aku bertutur dalam slang amerika. mungkin mahu bertukar angin. mungkin mengada dan bosan.

oh ya, kalau aku katakan aku dari New York tadi, kau rasa dia percaya? hehe.
*lihat sahaja mood aku bertukar dari muram ke penuh senyum dalam masa beberapa ketika sahaja. refer to my previous entry. bagus lah*

adios. selamat tidur.

An Open Letter to Mom and You


mom, im worried.
im sad, im scared.
being concern is not a crime but it can eat u slowly.
im just too worried.
mom, please tell me everything's gonna be OK, u always said that.

mom, please be ok for any decisions i make.
mom, please be there when im not around.

you, i wish i could do that for u, be there and sort things out.

how i wish...

Sunday 11 January 2009

Thoughts of The Night

  • A Mom's love to her kids, unconditional. no matter how bad the kids are, with flaws and all, she still accept them for just who they are. she understands that things happened for reasons, all the flaws might came from the external forces that caused the scene. all she did was to support them.
  • this one girl needs to wake up from the dreams she had. it wont last long, very difficult to work out.
  • when you refuse to do something you dislike, push yourself. you just need to. self-motivation is vital.
  • you go for something because you want it, not because it's already there.

sweet dream everyone...;)

Saturday 10 January 2009

Susu, 4 Pasang Kasut & Perut Kosong [UPDATED]

hari ni aku cuba bersarapan dengan emping jagung bersama susu. sudah lama sungguh aku tidak minum susu, bersarapan begitu.
setelah beberapa ketika, aku keluar rumah. hari ini pesta beli belah, aku beli 4 pasang kasut.
setelah puas beli belah, perut aku diserang sakit. begitu sakit, aku senak, perut rasa bagai gelora hebat, ombak ganas jika kau mahu. sungguh tak tahan, aku pulang dengan lemah tapi tak sabar mencuba kasut-kasut baru.
sakit makin kronik, aku baring dan cuba memujuk perut dengan sapuan gel bermint (aku tiada minyak angin lah).

aku tak bisa gelak, senak terus menyerang.

baru aku ingat, ini semua impak minum susu di pagi hari. aku memang tak bisa minum susu lah ya, alahan kah. entah, doktor cuba beritahu aku?

gambar kasut-kasut ku akan ku upload nanti. sekarang masih sakit.

eh, ada satu gambar lah. :) lagi 3 kasut akan ku tampal di sini:) [sudah bertampal]

kau tahu mengapa aku gembira dengan kasut-kasut baru aku?

  • aku memang sudah lama mencari kasut, semalam penemuan bermakna
  • harga mereka sungguh mampu milik.
  • mereka tidak dibuat dari kulit khinzir. yah! (hari itu aku sungguh kecewa, lihat satu kasut di DUNE, sungguh cantik, versatile, mampu milik. namun ada kulit khinzir. tapi kini kekecewaan terbayar lah kan.)
  • kasut-kasut ini aku bisa pakai di Malaysia kelak. oh seronok.
  • untuk kasut hitam itu, aku pernah berangan jika aku jadi seorang pereka kasut, aku mahu reka kasut sebegitu. semalam aku sudah beli kasut 'rekaan idaman'.
ada segelintir perkara tidak enak aku rasa:
bila aku sangat mahu beli untuk keluarga nun di sana, namun adalah satu perjudian nanti kerna aku tidak pasti saiz mereka bagaimana, tersilap beli siapa mahu pakai?

oh ya, pagi ini aku cuba menelefon ibu, tiada jawapan, mahu hubungi kakak namun aku tiada kredit. kasihan.
kakak selalu melatih Myra untuk mendengar dan bertutur, di suatu pagi sebelum pergi kerja dan hantar Myra ke pusat asuhan.
  • "sape name Myra angkat tangan..."-ujar mama di suatu pagi
lantas Myra bertepuk tangan sambil tersenyum girang.

  • "Myra sayang, mama suruh angkat tangan la..bukan tepuk tangan :).."-kata seorang makcik yang obses terhadap anak saudaranya.;p

  • Myra juga tahu namanya ialah Myra dan Alisya. panggil lah Alisya atau Myra, dia pasti berpaling untuk melihat kamu ;)
*sakit perut sudah menjauh, terima kasih cik chika, ili, dan encik ratio kerna prihatin.
*aku hairan mengapa sesetengah manusia suka mendengar gosip tentang aku (jika ada) dari mendengar masalah aku. contohnya, masalah tentang Hard disc ku yang mungkin rosak itu. mungkin tidak semenarik gosip aku dengan siapa, entah lah.


baiklah, masa mencemburui. perlu belajar.
di lain waktu:)

Friday 9 January 2009

Menanti



di situ kau pernah ada, tinggalkan satu lohong yang dalam. aku sering berlegar, menanti, mengharap kau di situ di kala terik mentari. terlalu berharap kau ada hingga buat aku terlopong lalu terlena di kala malam.

namun kau tetap tiada di situ,
aku rindu.

*bukan tulisan aku, hanya suarakan coretan seorang teman*

Tuesday 6 January 2009

I Could Not Afford

last night i took out my hard disc from my old laptop yang tak boleh on tuh. since the screw pun dah haus, makanya perlu 'kopek' saja lalu keluarkan hard disc itu dari laptop. cuba pinjam external hard disc Joe tapi slot tak sama, lalu tak boleh connect via USB. sigh.
hari ni cuba pinjam external hard disc Amru. boleh connect using USB (kiranya boleh la treat the hard disc as external) tapi bila view files pada my computer, asyik paparkan nota ' NOT RESPONDING'. aku paling tak suka bila ada notification 'NOT RESPONDING'.
aku cuba berkali kali tetap not responding. aku sudah radang, stress pun ada. aku fikir banyak. what IFs. what if sume files tu dah corrupt? what if sume files tu tak boleh recover?
please, i could not afford to lose all of my files anymore. please pretty please..:(
argh..........!!!!!!!! aku tensi.
risau lah, aku perlu semua files tuh. cukuplah dulu aku dah hilang semua files aku abruptly. (sila rujuk entri pertama ku)
kini minta tolong seorang lagi rakan. maaflah, aku rasa sungguh menyusahkan kalian. terima kasih kerana membantu.

*malam ni ada badminton. tak tahu lagi mahu pergi ke tak.*
oh ya, aku letak lagu Apa Saja di blog. aku suka, biar lah

Monday 5 January 2009

Kenangan Manis Musim Dingin