BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 29 April 2009

Omma, Omma. It's Been a While

so just now called omma. it has been almost 4 days tak call omma. rindu:)

orang=saya. sekian ;p

Z : Mak, schoolmate orang nak kawen taun ni. Ramai jugak lah, kawan Sheffield pun ade. Banyak tol invitations (hehe. gelak kecil)

Omma: Bagus la

Z : Mak tak risau ke, orang takde plan nak kawen lagi? (hehe. gelak sikit-sikit pulak. cover)

Omma: nape nak risau, kak lang kan baru 24. Lagi mak suke kak lang tak kawen lagi. Boleh la spend time banyak sikit dengan mak.

Z : oh macam tu ek?

Omma: yerla..kak lang kan dari form 1 dah tak tinggal dengan mak, nanti kalau dah kawen mesti ikut suami kan..mesti jarang balik Perak. bile lagi nak spend time same.

*diam. pause. rasa pahit*

no comment

Penat :(

Penatnya hari ni. Agak kelam kabut petang tadi kesibukan sebab baru faham apa yang group mate mahu untuk IET Presentation esok. Sorry guys, i should've known better.
Sigh, report oh report.

tak baik mengeluh kan? :S
oh ya, I still didn't get my PS3+ Singstar serta power adapter for my laptop. Mungkin esok sampai kot..tapi camner yeak..esok saya tiada di rumah:(

Tuesday 28 April 2009

10 Facts About Me (Tagged by Nad Darhling)


I was tagged by Nad darhling. Here's 10 facts (or u may find it weird) about me. Check this out!

  1. Im not into lambs. I cant stand the smell. :s Tapi kalau grilled lamb itu maybe masih boleh tahan..it depends on how u cook it.
  2. I love cats but kucing garang pula saya takut. Yang suka tunjuk taring dan keluarkan kuku tajam. wawawawa..gerun lah!
  3. If I were given two options; makanan manis or masin + sedikit spicy, saya pilih option kedua. Tak suka lah makanan manis2.
  4. Saya jarang sekali tidur petang, tak gemar lah. In fact, there's no NAP in my dictionary. hehe. Alang-alang tidur biar berjam-jam babe! ;p
  5. I dont use alarm to wake up except for important events-EXAMSSS, MEETINGs! itu memang perlu alarm. Tapi kalau in daily life, saya tak guna alarm sebab selalunya alarm akan tidur kembali bersama saya. ahahaha ;p
  6. Saya jarang minum air masak. I prefer air yang dibancuh/juices. Not good..i know. Kalau kene paksa minum air masak baru saya minum. ish ish..
  7. Saya macam fobia dengan anjing. Tah naper..sedangkan saya tahu some dogs are really cute, arent they? hehe..
  8. Selain selepas solat, omma, some close friends dan blog, tempat saya luahkan perasaan is in my kitchen. Kadang-kadang memasak itu boleh beri kelegaan. Kalaulah dapur tu boleh berkata-kata, pasti sudah banyak rahsia saya die boleh britahu ;p oh ya, saya selalunya gembira dan ketawa kecil kecilan ketika memasak. ahahaha pelik ;p
  9. Mata saya rabun. Sometimes saya guna contact lense, sometimes spectacles saje kalau malas. For my contact lense, mata kanan (5.00) and mata kiri is (2.25). yer, cacat a bit i know ;p. Tapi alhamdulillah saya bukan buta. ;)
  10. Untuk buat saya happy kadang-kadang tak perlu guna duit atau benda mahal, cukup sekadar jadi thoughtful dan memahami untuk saya. Make me feel safe in your arms ;)
oh Nad, im done! ehehehhe

Actually today rasa macam tak sihat sangat. Huhuhu..:(
Im still waiting for my PS3 (with a singstar game+ two microphones) to arrive, and my laptop power adapter too!!! cant wait!!

Oh yer, kena tag 5 orang rakan. oklah, saya mahu tag:
  1. Kimi adikku
  2. Syamrie kawan kimi
  3. Miss Chika Waldorf, jiran Blair waldorf (ahahah;p)
  4. Nanie
  5. Cik Nurul Izza

Monday 27 April 2009

Keep Bleeding..Keep Keep Bleeding

"if a man wants u nothing can keep him away... if he doesn't want u nothing can make him stay..."


hi ya! What a day. i set my alarm-559am but i woke up at 10ish. Mr. A called me but i couldn't recall what time was it. Sigh, bila la saya boleh bangun sendiri ni. Tapi i was lucky, class was at 4.10pm. After class Me, Chuchu, Syam and Ijul went to Tesco 24 but there's something happened before pergi tesco.

While waiting for Ijul, we sat on a bench in front of Syam's house and lepak for a while.
Suddenly dari jauh Chuchu saw TWO DOGS with a lady! satu kecik satu besar (besar macam anak lembu size nya).
yang besnyer, Chuchup cakap anjing besar tu takde tali.
I said " mane ade la..I nampak je tali tu.."
and we all cuakkk sangat bila tahu memang anjing besar tu takder tali. ahahahahaha..saya sudah silap melihat, anjing besar memang tiada tali.
cuak sangat tapi masih control jantung yg tengah pumping sambil melihat kedua anjing bersama tuannya datang ke arah kami.
waaa..I said to them, "I nak masuk rumah Syam balik, kita tunggu dalam rumah la.." sambil meluru perlahan ke belakang bangku tempat kami duduk. tujuan untuk menyorok tapi misi terbantut.
They said "jangan, nanti anjing tu lagi nak datang kat kite sebab dia tau kita cuak.."
Di samping cuak, saya gelak gelak juga sebab Chuchu telah nyanyi lagu Bleeding Love.
He went "keep bleeding..keep keep bleeding.." sambil buat suara dan muka cuak. And he repeated singing that part entah berapa kali..ahahaha

hingga lah anjing2 tu lalu betul2 depan kami.

Saya yakin tuan anjing tu dapat nampak muka cuak saya dan Chuchu yang tidak tersorok ini. (syam tak takut rasanya. dia cool saja ;p).

So tuan anjing pun bersuara sambil senyum
"Dont worry, they wont bite". Dia pegang anjing besar, takut2 ia menerkam ke arah kami.

Dan kami sengih lagi..Chuchu buat-buat mesra untuk hilangkan cuak dan bertanya "What's his name?" He referred to the BIG DOG.

Tuan anjing jawab "Rocky"

Saya pula dalam sengih sengih tu masih sempat membalas "what a nice name.." ehe..ehhe..ehehe..saya terus sengih.

tuan anjing menambah lagi, anjing kecil lagi 'nakal', maka dia ikat dengan tali. Anjing besar yang kami cuakkan dari tadi rupanya lagi baik dari anjing kecil.

OOOOOohhhhh...begitu..! ahahahahaha


Oh itu Ijul dah siap, kami terus sengih lalu ketawa agagagaga melihat anjing2 pun dah pulang.

Persoalan: kenapa Chuchu nyanyi lagu Bleeding Love ketika cuak? Sebab sebelum keluar rumah Syam, kami had fun with Lips (xbox 360), kebetulan nyanyi lagu tu. ahahahh..

cerita tamat.

Sunday 26 April 2009

The End

Easter Holiday is coming to its end. 3 weeks of holidays seemed not enough. Maybe only for me, greedy me. I want more days please...syyeeshh..Cant get enough of you, Mr Holiday! ;)

It's me now, lying in bed with journals around me, totally wired up by them. But i enjoy writing the current section-The Different Technologies of Multi-touch Screens where i can talk about iPhone, Sony SmartSkin, PlayAnywhere interactive table, PDAs, ATM machines, etc.
Today went pretty smooth but with pain in my tummy. :( Entire body is also aching, pity me. :(



ok people, back to work!

"Me and you, and you and me
No matter how they tossed the dice, it had to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together...."


Sometimes people are too busy complaining things, everything is not enough until they forget to say "Thank You Allah for what I have now" ;)

Saturday 25 April 2009

The Other Woman,

she exists because of imperfection (well yes, no one's perfect), less satisfaction, less attention, greed, to gain more acceptance and to heal rejection.

"i cant get enough of you"

"you make my heart beat faster"

"i can see more future in you"

"im much happier when im with you"

"you give me the roller coaster"

"when we talk about the matter, i know you're the woman"

only one concrete reason that is known publicly. -because they can love more than ONE at a time.
we? we cant, definitely cannot. i tried once and it didnt work. i just can love one man at a time.

Usah melatah dengan lumrah dunia, siapa kita untuk mengubahnya ;)
Usah gemar menunding jari salah siapa, cuba pandang dari lebih jauh, cuba perhati dengan lebih dekat pada diri sendiri.

hey hey, you're still young, a lot more to treasure.


***There's nothing else in the world i'd rather wake up and see (with you)***

Friday 24 April 2009

My Wardrobe Clearance Part 1, Siapa Cepat Dia Dapat! :D

Im going back for good around July, hence the wardrobe clearance. Only serious buyers yang akan dilayan. Payment can be made via online banking or cash. For more enquiries do contact me through my Yahoo messenger: zaluiera@yahoo.com or call me : +447535779288
All outfits are in perfect condition.



Firstly, this is my favourite winter bubble jacket. Got it from H&M. Size 36 Euro, 8/10 UK. Im selling it: £6. Still in perfect condition. You would definitely love your winter. Walau sejuk bermain snow, tetapi dengan bubble jaket ini anda tetap akan rasa warm, seperti di dalam duvet! :D Some sample pics of me wearing this favourite jacket. Boleh bergaya begini bila pakai bubble jacket ni.
If you're interested to get the boots as seen in the pic, you can also ask from me. Cute stunning boots with beads. Sangat girlish. only £5 £3!. Discounted price due to the current condition of the boots. Size 4 or 5 UK. So kiranya, combination of the bubble jacket and the boots will make your snowy day perfect! :D
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Second is also a jacket from H&M. Will fit size 8 UK or 34 Euro. Price: £8. Lihat contoh gambar untuk lihat gaya-gaya yang boleh dikenakan bila pakai jacket ini.
Tidak, ini bukan iklan shades ok.:)-------------------------------------------------------------------------------------------------

Third is my favourite H&M jumper. Memang sesuai dipakai ketika winter, harga yang saya kenakan adalah £4 sahaja. Saya suka jumper ini, sebab ianya kasual dan selesa dipakai :) Size? 8 or 10 UK :) Lihat contoh gambar di bawah. Tahap kelabuhan adalah ke paras pinggul, memang just nice dan sesuai untuk yang tidak gemar memakai baju yang tidak terlalu singkat.:)
SLR itu bukan untuk dijual juga :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Fourth: No brand, hence it will cost you only £2!. will fit size 8/10/12 UK.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Fifth: A pink jacket from Editions. Will fit size 10/12 UK. Only worn once. Apart from the wardrobe clearance, Im selling it because it doesnt fit me well. Price: £4 only!


Happy buying people!! :D siapa cepat dia dapat:)


Some people asked for shoes. Hehe sorry, only boots will be sold. :D Kasut saya pun ada ini saja, kalau jual apa mahu pakai ;p. Kalau mahu, boleh ambil kedua-dua boots coklat itu! :)


Wednesday 22 April 2009

"Kalau Dah Skinny tu Skinny lah Jugak"

This is my first entry telling about my nightmare or whatever i had last night. I dreamt about kakak. The worst thing was, i cried even when i wake up. Gila ok, memang sedih mimpi tu. I just cant bear. Nak cakap dah lama tak contact, baru kelmarin call kakak. I guess sebab lama tak jumpa lantas rindu-rindu sikit kot. Ecceh. So macam biasa lepas mimpi cepat-cepat call kakak to check on her, she's not really well sebab sedang pening-pening pregnant. Kesian Myra :( Then I checked mail, kakak ada kasi comment di Friendster. FYI, kakak tiada internet tau di rumah so abaikan di mana dia telah online, tapi the point here is; for kakak to drop any comments on my Friendster is like once in a blue moon tau! So no wonder lah i had the nightmare, kakak kasi comment macam ni rupanya:

"kak lang...bajet lawa arr amek gmba dr blkg...skinny 2 skinny jgk...ngesngesnges..."

So fine kakak, fineeeeee! ahahaha. emo tipu tipu. Nasib baik u ade Myra tau, if not...;p Takpela, di maafkan ckp saya skinny sebab i would always call her fattttt momma. agagaga



Kakak on her wedding. I missed it
Kakak and Me, when kakak masih single dan Myra tak wujud lagi. It was 3 years back. Most probably yes, 3 tahun lepas.

ok la, miss you kakak.

Monday 20 April 2009

You're Going To Miss It

stared at my laptop. no actions but mixed feelings. tried to arrange which one to digest, accordingly.
need someone to talk about it. oh yeah, they weren't mixed feelings, but it was just one matter which has bothered and wired me up. damn.
so called you up.

i know..to cry before going to bed is one of the things i hate most.
but i did that tonight. i know it has been a while. :( :( sorry just cant help it. fragile side of me. :( i need my laughs. sobs sobs

I've been asked "is that the day of the month?"

no dear, not yet. be prepared for the worst ok? this is only the introduction.
ok ok, can i laugh now? being sad for about 3-4 minutes then in a minute after i'll laugh. hehe crazy.

bye bye, night people.
*hugs and kisses*

J.e.a.L.o.U.s











kadang-kadang rasa lepas. kerana aku rasa lagi banyak sedih dari gembira. tak perlu toreh lagi sampai berdarah.
biar aku senyum, senyum sampai sudah, senyum sampai tamat cerita, senyum sampai pentas tiada lagi berpenonton.



ok, aku admit. aku JEALOUS.

//**Ok, 2 hari berturut BBQ. I tried to use 50mm f1.8 lense for my baby Nikon. yeah, since baby nikon itu camera tak mahal, maka aku terpaksa guna lense 50mm itu secara manual untuk focus. yer, aku tau betapa tak biasa nya aku untuk focus secara manual. hinsh hinsh! waaa..**//

Sunday 19 April 2009

Baby Is Coming Again!

one fine day i called kakak:

Kakak: k lang, did mom tell u anything?
Me: nope
Kakak: oh ok, so i have a surprise for you
Me: what?
Kakak: tunggu you balik dulu then i crite.
Me: alaaaa...nak tauu!!
*Then saya buat tekaan sendiri lantas terjerit tiba-tiba*
Me: waaaaaa..kakak!!! biar betul!! kesian Myra! nanti jadi kakak!
Kakak: hah? cmne u tau?
Me: tu je i teka sekarang haha..betul kan?
Kakak: yup, im pregnant..9 weeks..

*then bising lagi. macam aku yang pregnant*



Mama, im gona get an adik?



Myra buat muka pada Cenad

So yeah kakak offered me a job-to babysit Myra.

Today BBQ. joms!

Friday 17 April 2009

Telefon Berbunyi Ring Ring Ring

ONE: yeah days after the Egypt trip went pretty well. Cuma Im feeling a bit nervous now, workloads are mountinggg!!! syyeesshhh!! stressful sungguh lah! and just now baru chatting with Matt and we talked about holidays and..and..of course work!!! erghh..told him i just got back, so he got it.

TWO: a few days ago i received an email from this one communication company. sigh..working in communication companies have always been my dream..hurmm...i want..i want..but..i havent replied yet..and plus, i have a friend working there, so maybe it's gona be easier to get some tips. heh. heh.

THREE: i got my new phone already. cheap touch screen phone with basic features; 1.3mp camera, bluetooth, fm radio, organiser, GPRS, sms, call-features yang basic yang aku tak perlu bazir beberapa pounds lagi untuk bayar features seperti WALKMAN, camera berRESOLUSI TINGGI, etc. janji phone aku itu touch screen dan ada stylus. agagaga tiada kaitan ;p

FOUR: I miss you, i hope we could have more time together. sobsob.

oh yer, last night i watched the movie-The Uninvited. recommended for screaming and puzzling mind. sekian

ok people, bye bye.

*aku mahu jadi indah tapi hanya untukmu*

Thursday 16 April 2009

Satu Kematian Suci

morning love! oh yeah, today is a 'super-phone-hunting' day. agagaga..I cant stand not to have a handphone for a few days sudah..rasa tinggal dalam gua jugak, plus im waiting for some important texts too. sigh..
nways, remember i told u my previous phone died in Egypt? well Cenad called it as 'satu kematian suci' ar since it died in Egypt. ahahaha ade ade je hang ni Cenad ;p

just now i woke up early today so u can call me a morning person yeah yeah? hehehe..i browsed through some websites..and i found this one awesome phone! It doesnt need to be an iPhone or whatnot tapi all the features it has really catched my attention la.

Phone ini biasa saja..yup..serius phone ini biasa..tak mahal mana pun..tak sampai £100 (still dalam budget bank negara)..i hope i can find it somewhere in Sheffield today because..because i just cant wait to have it!! agagaga..later i will tell you why i chose the phone ok.

Jadi, mari kita keluar hari ini dan mencari handphone baru untuk saya ok ok ok? hehehe.

*Kau beri aku irama supaya bisa aku nyanyikan lagu kita..*

Wednesday 15 April 2009

Egypt Day 6: The Farewell, The Business Class





Fauzi Naim si rakan sekolah rendah (12 tahun tak jumpa), Kimi, Me and Syah.
Full House di tepi pantai Alex. Jangan tiru aksi ini. ahahaha ;p
Saya di tepi Sg Nil, sebelum makan kek
Our last day in Egypt, on our way to Cairo.
Saya rindu Egypt...:(
Barisan para hero yang banyak menolong..Ijat, Zul, Imran, Kimi dan Syamrie atau panggil dia Syam (ahahaha sorry syamrie ;p)
Makam Nabi Daniel

ok peeps, now im back in Sheffield. aih..I started to miss those people in Egypt already. rindunya..rindu..
i dont know why but bila di Egypt, perasaan itu tenang lah..setenang air di kali..eceehh..ayat..agagaga..
hp kene gilis tramco pun saya redha kan ja..sikit pn tak nangis..so now im seeking for a new phone. well saya memang tak tahu saya mahu phone yang bagaimana..

cerita tentang hari terakhir di Egypt, di Cairo airport saya telah TERTINGGAL jaket kesayangan saya yang warna putih ada belang-belang pink itu. wawawaaw..sedihnya.....sedih..mesti mereka buang kan jaket saya tu..

bila transit di Amsterdam, saya dan Dianah tak dapat seat dalam flight lagi kerana termasuk dalam standby list. Standby list itu bila kita masih tak dapat seat dalam flight, kena tunggu ada kekosongan dulu baru boleh dapat seat. Kata KLM Royal Dutch, tickets were overbooked. wth. tiket bukan murah pun, tak pernah-pernah saya dalam standby list. Naik Ryanair atau Easyjet pun tak macam ni.

Tapi alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga seat bila semua orang dah masuk ke dalam flight. Saya dapat duduk di Business Class ok!!! agagaga..tapi tak rasa sangat kerana saya telah tidur sepanjang perjalanan ke Manchester.
Alhamdulillah juga kerana lampu chandelier saya langsung tidak rosak dalam perjalanan.

So now I started to miss people in Egypt, especially my little brother la. sobsob..next year jumpa lagi kan...hurmm

saya rindu egypt lahh!! :(

sorry, entry yang macam terlalu biasa..

ok, now im feeling better. hehe.

Saturday 11 April 2009

Egypt Day 5: The Intersection of UK-Egypt; Innocent Splurge

Nothing much we did today. I splurged. What a confession. But hey, not really ar since barang-barang kat egypt murah weh..seronoknya..!
Overall i bought 9 tudungs including 2 tudungs yang Yana and Zalina pesan:)
other than that, i got myself one jubah and two pairs of shoes..:)

but..but kan..susah gilaaa mau cari jubah kecik yang suits me well. so i said to kimi:
"jubah sini memang besar-besar kan kimi, orang arab besar kot. (agagagag) "

Kimi went:

" takla, kak lang tu yang kecik."

amik kau. ahaha hahahah ;p

keluar awal, dalam 10ish. kemudian dalam 3ish saya pulang sebentar untuk solat dan lunch. dalam 5petang saya keluar kembali. we moved a bit fast, mobile. why? because transport di sini is damn cheap you know, naik taxi baru 1 egyptian pound(EP) or two! sigh, besnya ehehe.

but on the way ke Siqqah (sorry if i spelled it wrongly), taxi yang saya naiki itu hampir melanggar sebuah kereta sengal yg melanggar lampu merah. saya terlopong juga kerana brek mengejut. ish ish..nasib baik masih mampu bernafas sampai sekarang sambil menulis blog.

di belah petangnya pula, saya beli kasut pula.

di waktu malam, makan coklat beramai-ramai sambil bergossip diselangi usrah sikit-sikit. baguihnya, kakak sapaaa ni..agaaggaa ;p. but hey, i had a great day with the girls. i never thought the intersection of UK-Egypt would be this awesome! great haa..gona miss this..aih..

btw, thankss much to Syah sebab teman saya dan Dianah shopping..if Syah tader, setakat tanya harga brape? itu tau la..and some basic prices/figures ar..soalan-soalan lain seperti; size apa? colour apa? suma tatau ;p

oh yer, taxi-taxi kat sini ade banyak gak yang kereks eh..orang tahan dia buat-buat tanak stop, banyak duit sangat dah kot..

okeyh okeyh, penat la. now it's 230am. esok jam 6 pg saya dan rakan-rakan mahu ke Alexandria..:)

papai..

xx

Friday 10 April 2009

Egypt Day 4: It Died, In Front of Me.

Today is my fourth day in Egypt. Kali ni saya ke Mansurah, lebih kurang 2 jam lebih dari Cairo. Saya lebih suka Mansurah kerana kurang hectic dan sibuk.
What Happened today?
First, in order to go to Mansurah, i took a tramco to reach Ramsis Square. When i reached Ramsis Square, handphone saya yang saya letak dalam poket seluar terjatuh di tengah jalan raya. Wonder why tengah jalan raya? Because it is normal for any public transport in Egypt untuk berhenti di tengah jalan raya untuk turunkan penumpang. Makanya, saya panic dan melihat sahaja handphoneku jatuh terdampar di tengah jalan untuk tidak sampai 5 saat. mata saya bulat, mulut ternganga sebentar. Tiba-tiba ada sebuah lagi tramco dari belakang lalu disebelah..
Saya lihat sendiri handphoneku digilis tayar tramco. Handphone saya jenis slide, semasa terdampar di jalan raya itu, ianya memang telah dalam slide mode. Saya memang tak sempat ambil phoneku, tapi kalau sempat pun mesti tangan saya juga yang digilis tayar tramco. Handphone mati, screen retak di bahagian dalam, saya terlopong terus.

Saya kaget untuk seketika, still cant believe it. Gilak, handphone yang baru setahun usianya, tak ada masalah sikit pun, tiba-tiba mati digilis tramco.
Sedih memang sedih, tapi sikit pun tak rasa nak menangis. Eh, redha nya saya kan..saya pun tak tahu kenapa..Cumanya saya hanya berdiam diri dalam bas ke Mansurah..
Nways, i was very thankful, it was not my hand yang kene gilis. :(

And Syah also told me:
"Yela, benda yang dah biasa ada dengan kita, tiba-tiba terus hilang..mestila terasa kan.."

I agree..Cuma perlu belajar redha la..

Second, sampai saja di Mansurah, Syah hidang nasi dan laksa. Terharunya! no wonder she asked me "what i wud like to eat?"

Third, di sebelah petangnya saya jumpa dengan Fauzi Naim, my schoolmate masa sekolah rendah dulu. After twelve years, memang banyak cerita keluar. Then we were heading to Sg. Nil and had ice-cream+cakes there. Snapped pictures here and there..what a moment..:)

Fourth, we got an invitation by a friend to eat Nasi kerabu. After having nasi kerabu, kami pergi makan seafood pula. Ada ikan bakar, sotong dan udang goreng tepung, sup yang ada ketam..

Jadi cuba anda bayangkan betapa banyak saya makan hari ini..:)

oklah, ada hal sikit..adios people..
kalau sapa nak buat derma kilat untuk beri saya handphone baru silakan..ehehe ;)

*jangan rindu saya ok..*
xoxo

Thursday 9 April 2009

Egypt Day 2 & 3: Dalam Muram Allah Sediakan Pelangi


Me and Kimi

Pyramid climbing.
(Day 2)

"Hari panas terik. Aku harap sang mentari menyinar terus. Supaya aku mampu lagi untuk senyum.
Kenapa ya, matahari pagi ku tiba-tiba bersembunyi? Oh, rupanya Allah nak hadiahkan ku Pelangi petang:)"



Hari ini lebih 20 makam aku lawati. Aku kagum dengan semua itu. Makam-makam ulama hebat, takkan ada di bumi Msia mahupun UK.
akan Merindui semua itu. Ah bumi Mesir..:(
Sudah 3 hari aku di bumi Mesir, tapi kini aku di Kaherah (Cairo). Esok awal pagi akan ke Mansurah pula. Akan di sana sehingga Isnin. Aku juga mahu ke Iskandariah (Alexandria).

Hurmm..rupanya ini rasanya datang ke sini..perasaan yang takkan kau dapat di tempat lain..:) Indah:)

Till then people. Love you :)







Tuesday 7 April 2009

Egypt Day 1

Vain+ Camera? Itu memang kegemaran the Abdul's :)
Zubair dan Kimi

Dianah, Saya dan Adik yang sedang vain di Asfour.


Itu Nadia Dan Farhana. Kalau mereka tader, saya dan Dianah pasti blur.



Perempuan tembam memilih kristal. Rabun bertambah




Hari ini saja sudah habes almost Satu Ribu Genih. (approximately 80pounds). Kenapa banyak habes? Sebab saya beli lampu chandelier, dan beberapa bracelets untuk my girls di Msia dari Asfour. Sungguh gembira kerana ada diskaun juga hari ini. oh gembira gembira. Selain itu, saya juga ada bli tudung cantik..agaga..happy lagi..Dahla keluar dengan adik kesayangan, minum air tebu sejuk di kala panas terik yang menggigit. Eh ayat aku tak bleh blah ahahaha..tapi yeah, memang happy sampai keluar pun terlupa bawa handphone. Parents di Msia ada text tanya "dah jumpa adik ke belum?" pun belum terjawap. agagag sorry omma ;p


And yeah terharu juga ada orang yang sanggup call dari jauh tanya sudah sampai Egypt ke belum..oh oh no need to call lah, mahal tau:))..kite kat egypt now, roaming mahal :)
ok-ok. esok pergi pyramid dan makan char kue tiaw pulakk..hooorraayh! :)))





















Sunday 5 April 2009

Calon Isteri No 3

sigh, ada 'tahi' terjadi and im trying to digest those shits wisely. eh bukan, im trying to put things back on the ground lah. cuba jadi rasional sedangkan aku boleh juga gigit orang ketika ni. agagaga garangnya kan?
entahlah, sudah banyak aku fikir dan banyak aku tulis tapi satu pun aku tak post. aku marah, sedih, kecewa, upset dan sewaktu dengannya.
aku tak boleh fikir secara lurus, ada ja jalan bengkang-bengkok. input terlalu banyak at a time sampai aku pening. and eventually aku tahu itu semua tahi-tahi yang datang dalam hidup, yang membusukkan alam sekitar lantas buat kita rasa nak muntah. damn merepek lagi. apa nih..

ada satu malam aku bergosip mesra dengan seorang rakan. kami cakap pasal polymer+origami. eh bukan, POLIGAMI lah. sorry lah, sila bersedia untuk segala repekan dalam entri ni.
bukan apa, dia tanya what do i think about Poligami.
i went:
"aku rasa poligami ni special, tak semua lelaki boleh buat. sebab Allah kata kena adil, mahu jadi adil itu susah dan tak ramai yang mampu adil. I bet lah ramai lelaki boleh berlaku adil. " (boo! sorry sexist.)

Tapi betul apa, memang kena berlaku adil serta mampu. Susah tu kan?
Then kawan aku tanya lagi:
Kau rela tak poligami? (daa..dah tau lagi mau tanya)
"sorry la..aku bukan perempuan mulia macam tu yang kuat, sabar dan tabah nak dengar suami kahwin lagi. Tapi, aku rasa feeling tu akan bertukar bila aku dalami lagi ilmu agama aku, jadi lagi baik dan lebih berilmu bab-bab ini. Makanya, aku rasa akhirnya aku mungkin boleh terima. Aku harap pun aku jadi lagi baik"
Yer, aku rasa ada besar kemungkinan aku terima dengan redha. (wah, biar betul ini aku yang berkata-kata). Plus, aku pernah dengar seseorang yang banyak ilmu beritahu aku, segala kat dunia ni kan pinjaman sahaja, termasuklah suami kita. lagi..keluarga kita, Myra pun hanyalah pinjaman..duit dalam bank HSBC sekarang pun pinjaman..huhu..sayu ja bila ingat balik kata-kata kakak tu..

Tapi aku ada berseloroh menambah perisa dalam conversation kami yang tak berapa hangat tu:
"Tapi kalau aku diberi pilihan aku rela jadi isteri no 3. (agagagagagaga). kenapa? sebab, aku mungkin tidak begitu kuat dan tabah untuk jadi yang pertama yang terpaksa rasa diri itu bukanlah lagi satu-satunya bagi Si Hubby. Kalau jadi no. 2, rasa macam punca kesedihan isteri pertama. Tapi, kalau isteri ke-3, dah kurang rasa 'involved' dalam punca kesedihan isteri pertama tadi. paham ka?"

See, aku sudah merepek. Ambil yang logik saja ok?

Cuma aku ada beberapa soalan mahu aju kepada yang berkaitan:

  1. Kalau kita tahu itu akhirnya, mengapa dulu mesti kau mula?
  2. Jika kau rasa kecewa dengannya, mengapa masih mahu ada talian? Mengapa masih baca repekan di blog nya?
  3. Jika mahu menipu dan khianati, mengapa tunggu hingga dia juga sudah menghinggapi?
  4. Jika sudah ada yang punya, mengapa masih mencari? Mengapa menggunakan orang lain yang tidak tahu apa-apa sejak mula dulu? Are you not truly happy with her?
  5. Jika sudah pasti tak akan ada, mengapa beri harapan sejak dulu? Mengapa biar ianya tumbuh mekar?
  6. Mengapa dalam banyak-banyak perempuan, aku juga yang kau pilih?
  7. Kenapa jika cerita tentang masa depan, kau rasa aku lah orangnya? Kenapa kau duduk saja tanpa lakukan apa-apa?
  8. Kenapa bila aku mahu pergi, kau tidak izinkan? Mengapa mesti menangis bila aku tak lagi memandang ke belakang?
  9. Kenapa dulu ambil remeh saja tentang ku? Kenapa bila aku meminta ada saja alasan kau, itu ini begitu begini lah. Kenapa baru nak fahami yang apa yang aku minta itu benda biasa?
  10. Kenapa sekarang baru kau rasa kau tak boleh jika aku tiada? Kenapa kata yang kau sudah cuba tapi tetap takkan ada seperti aku?
  11. Kenapa mahu fikir sangat apa expectations orang ramai terhadap kau? Are you living for the sake for them? Im sure you're not. Kenapa mahu ambil pusing apa orang mahu cemuh pada kau, sedangkan kau tahu apa yang kau mahu, apa yang buat kau gembira.
  12. Kenapa mahu simpan dia, mahu dia jadi 'bayang'bayang'?
  13. Kenapa kau tak ambil peduli pun apa dia rasa, bila dia sorang-sorang struggle untuk bela diri, kau biar seorang lagi mengecam dia? Kenapa kau denied hampir kesemua statements nya? Kau tahu kan apa sebenarnya yang jadi?
ok, soalan habis. sekian.



Saturday 4 April 2009

Sedih=No Words At All

sedih nya sampai tak tahu nak tulis apa. ada tulis, tapi aku tak sampai hati nak publish.
hurmmm....

Thursday 2 April 2009

Terima Kasih Sayang

And yeah, Viv said i looked like a Queen. eceeh! ahahah ;p
Pout Viv, Pout..;)

You rock my world yeahh!!



nyum..nyum..





Main bowling semalam, team saya menang ok! ehehehe ;p

2 April 1985. Now I'm twenty-four! dua puluh empat. 24 tahun.
hurmm..

Not much to talk about, but I really want to thank people who wished me Happy Birthdays
Firstly, my mom. thanks mom for the text.
Secondly my Sister with Myra the niece. such a cute text. Love u !

Next, someone who called and sang to me happy birthday. thanks..I appreciate that. really ;). Thanks..

Next, to those who wished me on FB, FS and YM:) There you go: Thanks to Firus KMS, Lyan my schoolmate, Zalina, Iman, Syamiah HM, Freda, Hezzi, Capau chan, Nadiya Iryani, Sha, Joe jiran, Buk, Sofi, Cik Adibah, Shitah, Fizah Latib, Cik Suraya, Amir Bradford, Pya kawan Cenad, Ezati, kak Rya, Rodi Leeds, Teaks, Nanie, Zul kawan Kimi, Hadiid, Sul, Naim chan, Ely, Shazana the junior, Addy, Zatil, Pak Red the kontena, Nad, Cik Chika kawan Cenad, Hazrat, Amin Bradford, Afta Aidil, Gjie, Azah Potter, Umer Coursemate, Zakwan Shef, Atie, Mila, Sarah Ain, Lea, Lan Egypt, Farhan, Iqmarul Brunei, Pa jiran, Yana, Mr Rafi, Eliza, Adlan Roose, Nadiah Malit, Nik the roomie, Amna, Ah Chong, Les, Pjoq, Yon, Uniq kawan Cenad, Nick, Fifa Razak, Zuhri & Zaffi, Aliaa, Shahfi, Vivian and Evan my lab partner ;)

Oh thanks ok:) eh ehe..macam dapat grammy award plak. ahahahaha perasan lah! ;p
oh ya, there's this one silent reader emailed me. ehehehe. ehehe. thanks lah, rasa segan pun ada;).

xoxo

Lessons for this week:
  1. Allah itu maha adil. When we are truly happy, kita juga boleh rasa sedih dan pahit.
  2. Kita akan betul menghargai sesuatu bila ia tiada lagi depan mata. Hence, sayangilah apa yang anda miliki sekarang, jangan sampai rindu nanti, jangan sampai satu hari nanti baru tahu kita sebenarnya hilang satu diamond. [dah merepek, maaf]
  3. Aku sebenarnya memang tidak tidak tidak gemar orang yang tidak firm, indecisive dan tamak. Pilih satu sahaja ok?