BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Sarcasm. Show all posts
Showing posts with label Sarcasm. Show all posts

Monday, 16 March 2009

Two...In One Night

2 posts in one night, boleh tahan lah babe. i just wanna share one lesson i learnt tonight.

one day...one day..when someone propose to you. why?
he said "because i love you"; memang kurang kukuh. poyo pon ader. haha

"dah sayang, kire bagus lah tu.."

memang lah sayang..tapi rasa tanggungjawap itu penting, asas kasih sayang kan? kalau setakat cakap je sayang you hari hari, tapi no responsible pun tade gune kan?

as for me, when someone propose to me because he loves me sincerely and said to me that im his responsibility..it's going to be..SOMETHING. lagi lagi pulak he shows it. he proves it.

it's going to be a YES lah kan?

well, sayang itu boleh nampak pada our actions kan? dari situ boleh rasa. deep..

so, after this tak perlu terkejut kalau kawan baik anda sendiri yang propose kamu.
kan?

dah kenal hati budi, nama pun kawan baik. pasti dia pun layan kamu A++ kan?

oh yer, aku ingat lagi Nanie penah cakap: we need someone yang really loves us, kite tak sayang die sangat pun takpe, we can nurture the feeling. perempuan kan hati lembut, boleh dipupuk right. eh, havent u heard, kalau perempuan yang beriyer-riyer sangat pada lelaki tu, nampak lagi buruk? plus, lelaki tend to be repulsive towards women yang terlalu mengejar mereka. why? because most men suka mengejar, bukan dikejar. hehe..no offense but true kan?

goodnite people..:)

Thursday, 5 March 2009

Perempuan Hebat, Isteri Terbaik?

Perbualan dengan Mr. A:

A: "tahu kan kenapa perempuan tak boleh jadi leader?"
Z: "ermm..tahu rasanya..i read somewhere..it's about emotion too aite..perempuan kadang-kadang (ke selalu) emosi"
A: "aah..tapi ade sebab lain jugak..perempuan tu nanti dikhuatiri akan lupa diri.."
Z: "oh yer..but i've been leaders too..school, college, uni life.. ok jer.."
A: "yer, orang tau..tapi fikir jugak..perempuan yang hebat dalam social lifenye..adakah die juga akan isteri yang hebat untuk rumah tangga nya?"

*diam..fikir sejenak*

ok, aku faham maksudnya. perempuan, walau kau perempuan hebat di luar sana, u might hold many social responsibilities, but dont forget: jadilah isteri yang hebat dan terbaik juga untuk suami mu.
and i understand, im still learning to be one. i will try my very best ;)

ok, mari dinner.

Tuesday, 3 March 2009

Sheffield Gig Hoyeh!

Almost 4 years in Sheffield. seperti biasa, isu Sheffield Gig timbul lagi. macam biasa lah, mailing list aku bertimbun, berderet email perihal Sheffield Gig.
bagus, nasihat dan peringatan sesama manusia itu bagus. Aku setuju dengan Ameng. cuba ambil dari ayat Ameng: apa sbnrnya objektif kita? to show off our 'piety', to free ourselves off the responsibility, or to help our fellow muslims?
ape-ape pun sila periksa niat anda.

aku rasa aku dapat beza orang yang betul betul ikhlas nak nasihat dengan orang yang rasa dirinya cukup bagus, dialah paling mulia, dialah paling baik. lagi tak enak bila ayat-ayat yang dia guna tu menjengkelkan serta buat orang lain sakit hati.

cmon lah, aku sudah jumpa manusia-manusia macam ni sejak sekolah dulu lagi. tipikal.

nampak macam dah bagus dah, tapi bila nampak orang lain yang mereka rasa tidak kena di mata mereka, terus mengata di belakang. mengumpat sesedap hati.
aku rasa lah kan, dari kau mengumpat sesedap rasa di belakang, baik kau approach terus face-to-face.
tak pun kau cuba jadi kawan dia. tanya apa yang tidak kena, selidik dulu cerita di sebaliknya. cuba faham apa sebenarnya yang berlaku. berdakwah kan perlu ada unsur kasih sayang. (seorang senior yang dah pulang ke Msia yang pesan begini kat aku. senior ni aku memang respect, kata-kata dia bisa buat orang lembut hati, tengok mukanya yang senyum manis pun orang suka nak approach. bagusnya:))

maaflah, aku bukan lah arif sangat bab-bab ni. aku juga tak lari dari salah silap.
sekadar dari pemerhatian aku saja.

oh ya, kalau rasa entri ini agak kontroversi dan mahu komen, sila komen dengan menggunakan nama betul anda ya. sebarang anonymous atau nama samaran yang aku tak kenal tidak akan dilayan.
sekian.

Wednesday, 18 February 2009

Kadang-kadang Aku Mahu Jaminan

aku sudah jujur, tapi tetap sakitkan hati sesetengah pihak.
aku sudah minta benda baik kau tak mahu tunaikan.
kau tetap dengan prinsip kau, keras hati.
kau tak beri aku kelegaan, sekurang-kurangnya rasa terjamin.
no, nothing.

aku pun ada prinsip aku, aku ingin dengar kata orang yang lagi berpengalaman, terpulang pada kau untuk terima bagaimana.

sudah, ngomong pada tangan.

aku dah dapat jaminan, terima kasih, kaseh.
kau telah legakan aku, sebab tu kau tetap no 1. :)
yang lain mungkin ada mencuba, tapi aku tak rasa begini
tiada siapa dapat ganti tempat kau tahu?

Sunday, 15 February 2009

Only Dead Fish Go with The Flow

kenapa yer, kadang-kadang benda yang baik agak susah ditunaikan? benda baik juga kadang-kadang susah untuk dilaksanakan. ironinya, kalau benda jahat, tak baik, dosa senang-senang kita buat. mungkin benda jahat itu tak perlu usaha, tak perlu kos, tak perlu masa. benda baik pula sebaliknya. mungkin sahaja, mungkin. (mungkin ini sila ulang seribu kali)
jika kita mahukan sesuatu yang baik dan mulia tapi ditolak oleh sesetengah pihak, pasti rasa impaknya. (impak kuat; seperti dipetik dari drama bersiri Ghost lakonan Cheryl Samad. best loh cerita tu, tonton-tonton).
bila impian ditolak dan kita merasa impaknya, kita kecewa lalu kita tukar fikiran. kita buat keputusan yang bakal ubah persepsi kita, bakal ubah masa depan kita, mungkin juga bakal ubah hidup kita. yang lebih teruk bila pihak sana tetap dengan keputusan dan pendiriannya, ego kah, entah. ingat, ego yang maksima bisa mengigit pedih.
bila pihak sana tetap dengan keputusannya, kita pun rasa perlu melangkah, perlu membina rancangan baru, perlu beralih arah. beralih arah ini penting kerana kita tidak dinasihati untuk berada di takuk yang lama.
itu kalau kita mempunyai semangat serta keazaman yang tinggi, bagaimana pula jika kita rasa berjauh hati? mungkin kita rasa tiada lagi perancangan perlu dibuat, hanya ikut arus sahaja.

mengikut arus? ikut arus ini kadang-kadang kedengaran seperti seorang yang malas, hanya menurut sahaja apa yang di depan mata. sebab tu ada quote berbunyi: Only Dead Fish Go with The Flow. lebih applicable untuk sang pemalas super. yer.

tetapi..
tak jugalah. mengikut arus ini ada positifnya di sesetengah situasi. Ia juga bermakna kita terima sahaja apa bahasa alam, kita membuat keputusan berdasarkan apa yang kita lalui dalam hidup. hingga satu hari kita akan berkata dalam hati:

"sume bende pun smooth je..jalan je..menjadi je..rasa mudah je..tak perlu stress dan terlalu banyak frowning. it's like..it happens at the right time and place:)"

kesimpulannya, jika kamu telah berusaha untuk sesuatu yang baik tetapi tidak ditunaikan permintaan itu, kamu boleh lah guna quote itu: Only Dead Fish Go with The Flow. kamu bukan ikan mati lah, cuma ikan yang bersemangat dan rajin tetapi sudah sampai masa untuk hanya turuti arus setelah letih berenang:)

*jika aku ikan, aku sudah bertemu lautan idamanku supaya aku terus dapat berenang..jika aku ikan yang mati pun, aku sudah jumpa aliran yang buat aku rasa selamat, buat aku tahu ke mana arah tuju. aku tak mahu menongkah arus ini, aku mahu ikut sahaja:)..*

I WISH I DIDN WRITE THIS POST. SERIOUSLY

Ini Kamu Punya, Ambil Lah Balik


Si Kecil A: awak..kite ade teddy bear baru..kite suke sangat..comel kan teddy bear kite..
Si Kecil B: ala awak..kite suke la tengok teddy awak..kite nak juge..teddy comel and fluffy macam tu
Si Kecil A: awak suke, pinjam la teddy kite..mama kite tak marah..awak ambil la..
Si Kecil B: Ok..kite pinjam ok..

Si Kecil B begitu suka teddy kepunyaan A..hingga dia lupa itu bukan miliknya..
B mula berfikir untuk tidak mahu pulangkan teddy bear itu kepada A. Mama Si Kecil B sudah berpesan, jangan ambil hak orang..pulangkan kepada pemiliknya kembali. Si Kecil B merengek minta difahami mengapa dia mahu menyimpan teddy kegemaran itu. Si Kecil A pula menangis minta teddynya dipulangkan.
a few days later..

Tapi Si Kecil B tahu dia perlu pulangkan barang kepunyaan A itu. Dia tetap perlu dan mesti pulangkan.

Si Kecil B: awak, kite mintak maaf, kite ingat tanak pulangkan teddy awak..kesian awak dah nangis..
Si Kecil A: takpela awak, awak jangan buat lagi yer..
Si Kecil B: ok, kite janji..

Saturday, 24 January 2009

Beautiful Mistake


headache since last night was really torturing.
--------------------------------------------------------------------------------------------------- "you are just like a cheesecake. the more i eat you, the happier i will be. you are irresistible and yummy, but i cant have you that often anymore."

"why on earth you are here?"

need to send you back to a place you used to be.



you are just a beautiful mistake of mine.


Saturday, 17 January 2009

Bila Dimarahi


bila kita dimarah, kita mungkin rasa ditempelak hebat, tambahan lagi untuk sesuatu yang kita FIKIR bukan salah kita.
kita akan marah kembali, melawan, membela diri.
tapi betulkah kita tidak bersalah?
mungkin kita rasa perkara itu kecil, sedangkan di pihak sana terlalu sensitif.
mungin kita rasa kita ada alasan tertentu, sedangkan alasan itu sungguh kolot. lame.
mungkin kita rasa kita berhak untuk buat kesalahan itu, sedangkan kita mungkin ada cara lain.

lihat, kita ada juga salah kan?
mungkin kita ada salah, cuma tak nampak.
usah terlalu rasa diri itu selalunya betul, menjadi righteous itu tidak membawa kau ke mana pun.
oleh itu, dari melawan dan menegakkan benang basah, baiklah berdiam dan terima sahaja apa yang BETUL.
apa yang betul sahaja ya.
lepas kau belajar terima salah diri, pasti kau tak rasa ditempelak begitu hebat. sebab kau tahu kau punya kelemahan diri, orang lain juga begitu.
kita kan tidak sempurna, lupa?
pasti fikiran kau kembali positif bukan?

Punca-Punca Radang & Penyelesaian


pagi ini proses pembelajaran berjalan seperti biasa, namun ada sedikit gangguan yang berupa bentuk radang.
punca-punca radang:

  • bilik tidak kemas, bilik gelap, pencahayaan tidak agung
  • tidak mengidu bauan indah.
  • cara belajar tidak selesa, perlu tukar 'port'
  • perut berbunyi sejak awal sessi pembelajaran, tiada sarapan. aku diet lah, biar betul?
  • gam kegemaranku sudah keras, tak boleh guna sudah.
  • pen tercabut lantas terpelanting.
jalan penyelesaian:
  • aku bakar lilin untuk panaskan air yang telah dititikkan bauan 'Cassis Rose'. bau yang terindah aku perlu katakan bagi home oil fragrance. ah terpikat selamanya!
  • aku selak langsir seluasnya, terang!
  • aku kemas katilku, lipat apa yang patut, simpan baju dalam almari. ha, rapi sedikit.
  • aku ke udarakan lagu kegemaran, maksim si handal piano.
  • aku bertukar 'port' untuk belajar. selesa sedikit
radang berkurang, hati gembira bila lihat matahari terang di luar tingkap. indah kan ciptaan Nya?

*Myra masih tidak bertutur dalam bahasa yang aku fahami, cuma keluar "ca-ca" dari mulutnya setelah kakak mengajarnya menyebut kakak. ala, boleh lah tu kan?
haha sayangnya aku pada Myra:)
*on the phone with kakak (just to hear Myra's voice), and for the goodbye, kakak minta Myra say goodbye. i waited for 2 minutes, no bye bye at all. last last kakak said:
"kak lang, Myra kissed the phone".
aaaa...nak cuddle Myra!!

Sunday, 9 November 2008

A Beautiful Lie. A Perfect Denial

i think someone lied to me today. hide something from me.
not telling the truth.
i told myself that i cannot trust you.
you are sweet, nice but you can be dangerous sometimes.
why suddenly you're back.
but don't worry. i will keep your secrets.
as requested, i wont forget u.

ah .
ape-ape la labu.

Sunday, 2 November 2008

Yahoo Messenger

Yahoo messenger..
beberapa fakta tentang aku dan YM.

  • aku bukan suke sgt YM ni. tetambah pule kalo aku letak bz sign with "BUSY" status. ade plak org yang mungkin tak paham..tegur aku. tegur pulak bukan sbb nk tny bende penting tapi tny "buat ape tu..dah makan ke..ape crite.." argh..even if nk tny pun kan..straight to the point jer ok..
  • aku tak berapa suke layan org yg jarang YM ngn aku..tak tau sgt ape jadi kat aku..sbb the conversation will be slow as they have so many things to ask me..boring ok..last-last aku suro jer derang bace blog aku..kire ini la update aku kan..
  • dulu org salu ckp YM status aku mcm-mcm..or mungkin pelik..ala korang..sometimes itu hanya lirik lagu mungkin..and i must admit that ade jugak status YM yg refleks feeling ku ketika itu..
  • aku tak berape prefer dgn org yg YM ngn aku tapi appear offline..ntah la..bagi aku, nk YM ngn aku appear online la, even kt aku sorang je;p..and FYI, YM list aku ramai, hence aku hanya display online contacts..sory.
  • aku tak prefer juge kalo aku ckp aku tgh up to something-makan, buat kje..tapi still nak urge aku YM dgn die..hello..aku dh ckp kot aku ade something nak buat..if aku reply lmbt tu aku mmg ade bnde nk buat..tolong lah faham..
  • kalau aku ade free time and i feel like chatting with people, dun worry sbb aku sendiri dgn willing nye tegur orang lain..friendly..friendly..
  • aku juge tak prefer bile org tu yer yer je tegur aku ..tetibe nak slow slow plak chat..reply lambat..etc..siap pi makan dlu la..tah pepe..
  • aku tak suke orang yg letak status yg puzzle people..yg buat orang tertanya-tanya..tapi bile orang tny apekah..die tanak ckp..not trying to be penyebok but hey..bile kawan ko tulis cmtuh mesti ko nak tau kan..obviously. tapi nape bile orang tny tanak jwp..kalo nk secret sgt no need to display it publicly la..unless u are seeking for attention. kan?
  • aku tak kisah dgn orang orang yg letak status yg berbaur PDA. janji korang happy..:)
so Ym ni bukan bes sgt pun bagiku..unless ko ade citer bes ke..bende penting ke..emergency ke..

adios..