One fine day;
Me: I'm ok to be independent, to do most things by my own but I still need you. I need you to go through all of these..To be better..
Him: But all of those come from Allah..not me
Me: Yes, but Allah sent you to accomplish them..with me..
I love you, since 2009 until now.
Always have, always will.
Saturday, 16 July 2011
Love Makes You Strong
Posted by Z at 21:51 0 comments
Tuesday, 11 May 2010
Habuk
Lamanya tak menulis, fuh fuh habuk.
Someone googled my blog and typed in "zakiah+sheffield+encik sayang".
What a combination.
Hehe.
Masa untuk hidup aku terasa berlalu lebih laju dari biasa.
Tunggu aku lebih lepak,nanti aku cerita.
Baru bangun, nak bersiap pergi kerja.
*malas dan menggeliat*
Posted by Z at 14:35 2 comments
Sunday, 2 May 2010
Tak Lulus Ujian
Beberapa perkara dalam kepala:
1. Allah akan uji kita, setakat kemampuan kita kan?
Kiranya, kita takkan diuji dengan sesuatu di luar kemampuan kita kan?
Tapi aku ini tidak sabar.
Kenapa lah dengan sabar itu juga lah aku diuji?
Ujian sabar, kebanyakan nya aku gagal.
Dan sekali lagi aku gagal setelah sekian lama.
Tapi, aku banyak lulus ujian redha.
2. Seseorang yang pernah buat hidup aku huru hara di suatu tempat asing, di suatu tempat aku tak punya siapa datang kembali.
Well, dia tak pernah 'blah' pun dari hidup aku. Sentiasa nak tahu pasal aku, hairan.
Kenangan dengan kau sangat pahit, sampai aku memang tak mahu ada kaitan apa-apa pun dengan kau.
Bukan aku tak cuba nak fix things between us, tapi memang kau begitu. Macam tak boleh tengok orang senang. Perihal aku, laju saja kau nk tahu. Perihal aku juga, pantas saja kau jaja kepada orang lain.
Sudah lah, you know where the exit is.
Takda orang macam kau dalam hidup aku pun, tak apa lah.:)
Luaran kau mungkin nampak baik, tapi dalam kau hitam.
3. Aku sedar kadang-kadang aku tak sempat buat macam-macam hal dalam hidup. Contoh? Mungkin bersosial dengan kelompok manusia yang berbeza. Rakan-rakan aku seperti sama saja. Oh, mungkin aku tinggal di Bintulu. Limited choice of friends. Eh alasan kan?
4. Aku sudah minta adik aku di UIA tu settle kan urusan Streamyx Unipack application. Murah ma, RM68/month for 1 mbps. Oh, dapat free netbook lagi. Heaven eh? Aku tolong promote ni, cepat apply sementara kamu jadi university student.
5. These days aku banyak dengar lagu sedih. Ish tak sihat, tapi macam best juga layan lagu macam tu. Contoh lagu sedih : Ressa-Menyesal.
Ok lah, aku patut mandi tapi turunkan makanan dalam perut dulu.
Posted by Z at 05:00 3 comments
Saturday, 1 May 2010
Mimpi tetap Mimpi
Bila kita memang buntu dengan sesuatu keputusan, solat lah istikharah.
Moga kita peroleh lebih keyakinan setelah solat istikharah.Dulu saya ingat, solat istikharah ini jika kita ada lebih dari satu pilihan dan kita nak tahu pilih yg mana saja..
Not only that ya..
Im not ustazah atau seorang yang hebat ilmu agama..
Tetapi dari apa yang saya belajar dan baca, solat sunat istikharah ini juga untuk beri kita lebih keyakinan dengan keputusan kita...
Supaya kita yakin, rasa tenang dengan pilihan dan moga jalan yang kita pilih itu dimudahkan..
And if it doesnt go our way, kita minta untuk hati ini dikuatkan dan dikurniakan rasa redha terhadap apa jua ketentuan Allah..
Ini doa nya..ringkas saja..
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pilihan *..sila sebut apa pilihan kamu..* ini, baik bagi agama & kehidupanku & hari kemudianku, maka berikanlah ia kpdku, & mudahkanlah ia bagiku, & berkatilah ia kpdku.
Jika Engkau mengetahui bahawa pilihan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku & hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, & berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku org yg redha dgn pemberian itu.-Bukhari
Saya juga ada terbaca, tanda-tanda selepas solat istikharah itu not entirely dari tafsiran mimpi.
Kiranya, kita tak bleh rely on mimpi pun, dan kita tak boleh samakan diri kita dengan nabi.
Nabi nabi memang ada yg dapat petunjuk dari mimpi.
Kita ni manusia biasa, kadang kala Allah bagi petunjuk tu dengan gerak hati yang kuat, rasa keyakinan untuk ikut sesuatu flow itu..
Sebab itu kadang kadang, bila kita rasa urusan itu dimudahkan, InsyaAllah pilihan kita itu tepat..
Kalau salah tolong betulkan. Saya masih belajar, lets share your inputs with me.
Posted by Z at 21:59 1 comments